Skip to main content

Singapura

Laporan LTA: Keandalan rel semua laluan MRT meningkat, kecuali CCL

Keandalan rel rangkaian MRT bertambah baik pada Januari 2026, menurut laporan bulanan pertama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk tahun ini pada Jumaat (13 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
Laporan LTA: Keandalan rel semua laluan MRT meningkat, kecuali CCL
Penumpang di Stesen MRT Serangoon diarahkan melalui laluan penghubung ke platform Laluan Circle yang lain untuk mengurangkan kesesakan orang ramai pada 19 Januari 2026. (Gambar: CNA/Justin Ong)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 13 Feb 2026 02:05PM
SINGAPURA: Keandalan rel rangkaian MRT bertambah baik pada Januari 2026, menurut laporan bulanan pertama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk tahun ini pada Jumaat (13 Feb).

LTA menerbitkan angka keandalan itu menggunakan purata bergerak selama 12 bulan bagi purata kilometer antara kegagalan (MKBF) - satu metrik untuk mengukur keandalan kereta api.

MKBF bagi keseluruhan rangkaian MRT meningkat daripada 1,606,000 kilometer perjalanan kereta api pada Disember 2025 kepada 1,673,000 kilometer perjalanan kereta api pada Januari 2026.

Kebanyakan khidmat MRT menyaksikan peningkatan dalam tahap keandalan, dengan MKBF Laluan Utara-Selatan (NSL) meningkat daripada 1,099,000 kilometer perjalanan kereta api pada Disember kepada 1,237,000 kilometer perjalanan kereta api pada Januari.

MKBF bagi Laluan Timur-Barat (EWL) turut meningkat daripada 1,265,000 kilometer perjalanan kereta api kepada 1,446,000 kilometer perjalanan kereta api.

MKBF Laluan Timur-Laut (NEL) meningkat daripada 2,198,000 kilometer perjalanan kereta api kepada 2,209,000 kilometer perjalanan kereta api, manakala Laluan Downtown (DTL) meningkat daripada 2,787,000 kilometer perjalanan kereta api kepada 2,794,000 kilometer perjalanan kereta api.

Namun, MKBF Laluan Circle (CCL) merosot daripada 2,464,000 kilometer perjalanan kereta api kepada 1,834,000 kilometer perjalanan kereta api, menjadikannya satu-satunya laluan yang mengalami kemerosotan dalam tahap keandalan pada Januari.

Laluan Circle mengalami kelengahan dari Bishan ke Buona Vista pada 13 Januari, menjejas para penumpang pada waktu sibuk lewat petang.

Pada 19 Januari, Laluan Circle memulakan gangguan khidmat yang dirancang selama tiga bulan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengukuhan terowong, dengan sesetengah penumpang berkata masa perjalanan mereka dilanjutkan selama 20 minit.

Walaupun dengan penurunan dalam tahap keandalan CCL, kesemua laluan khidmat MRT mencapai sasaran MKBF LTA sebanyak 1 juta kilometer perjalanan kereta api bagi rangkaian MRT.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita