Laporan LinkedIn berhubung penghijrahan bakat 'disalah faham': MOM
Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pada Khamis (13 Sep) bahawa sebuah laporan yang baru-baru ini diterbitkan LinkedIn berhubung kerja-kerja baru di Singapura menukil perangkaan yang 'disalah faham' sesetengah pihak.
(Gambar hiasan: Jeremy Long)
SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menyatakan pada Khamis (13 Sep) bahawa sebuah laporan yang baru-baru ini diterbitkan LinkedIn berhubung kerja-kerja baru di Singapura menukil perangkaan yang 'disalah faham' sesetengah pihak.
Laporan yang diterbitkan Khamis lalu menggunakan data lebih dua juta pengguna LinkedIn yang mempunyai akaun di Singapura untuk menentukan lima kerja paling cepat berkembang di Singapura, seperti penganalisis data dan saintis.
Dalam laporan 26 muka surat itu terdapat satu bahagian berhubung penghijrahan bakat yang menunjukkan pengguna-pengguna LinkedIn yang dahulunya bekerja di luar negara, kini bekerja dalam lapangan baru di Singapura.
Menurut laporan LinkedIn itu, ia meneliti anggotanya yang menukar lokasi mereka ke Singapura selepas 1 Januari tahun lalu dan mengesan lokasi mereka sebelumnya.
"Laporan itu lantas menunjukkan dari mana asalnya 'penghijrahan bakat' ini. Ada sesetengah pihak menyalah anggap laporan itu sebagai berkata bahawa banyak atau kebanyakan pekerjaan demikian dipegang oleh warga asing," kata MOM dalam satu kenyataan media.
LinkedIn memperjelaskan bahawa data tersebut hanya menunjukkan lokasi pekerjaan dan bukan kerakyatan anggota yang berpindah ke Singapura dari Januari tahun lalu.
MOM menambah bahawa berdasarkan Tinjauan Tenaga Manusia Media Infokom 2016 oleh IMDA, warga tempatan memegang lebih daripada 70 peratus pekerjaan yang dikenal pasti LinkedIn sebagai paling pantas berkembang.
Laporan tenaga buruh terbaru MOM mengenal pasti Infokom dan Media sebagai sektor paling pesat berkembang. Jumlah pekerjaan secara keseluruhannya meningkat sekitar 3,700 bagi separuh pertama tahun ini dengan 2,500 daripadanya adalah pekerja tempatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.