Skip to main content

Singapura

Laporan Jawatankuasa Hak Istimewa: Pendakwa Raya rujuk kes terhadap Pritam Singh, Faisal Manap ke polis untuk siasatan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pendakwa Raya telah merujukkan kepada polis, kes berhubung tingkah laku pemimpin Parti Pekerja Pritam Singh dan Muhamad Faisal Abdul Manap di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (29 Apr).

"Polis telah meneliti bukti yang diberikan oleh Parlimen dan kini akan mendapatkan keterangan orang yang berkaitan dengan kes itu sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap kemungkinan kesalahan yang didedahkan," kata SPF.

Dalam laporan terakhirnya pada 10 Feb, Jawatankuasa Hak Istimewa - bersidang untuk meneliti pembohongan yang dibuat oleh bekas Anggota Parlimen WP Raeesah Khan di Parlimen - mencadangkan agar setiausaha agung WP Pritam Singh dan naib pengerusi Faisal Manap dirujuk kepada Pendakwa Raya untuk siasatan lanjut.

Jawatankuasa itu telah mendapati Cik Raeesah bersalah kerana menyalahgunakanhak istimewanya kerana berbohong di Parlimen pada 3 Ogos, dan kemudian mengulangi pembohongan itu pada 4 Okt.

Jawatankuasa itu kemudian berkata bahawa ia berpuas hati bahawa Setiausaha Agung Parti Pekerja Encik Singh dan naib pengerusi Encik Faisal "tidak jujur ​​ketika memberi keterangan setelah mereka mengangkat sumpah".

Pada 15 Feb, Parlimen mengundi untuk merujukEncik Singh dan Encik Faisal ke Pendakwa Raya.

Sumber : CNA/SU/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita