Skip to main content

Singapura

Laporan bergambar: Ular dan kehidupan marin yang jarang dilihat di Sentosa

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan bergambar: Ular dan kehidupan marin yang jarang dilihat di Sentosa

(Gambar: CNA//Raj Nadarajan)

Diterbitkan : 05 Oct 2024 10:35PM Dikemas Kini : 05 Oct 2024 11:31PM


SINGAPURA: Seekor ular sawa sepanjang dua meter dipindahkan ke kawasan hutan di Pulau Sentosa oleh pasukan pengurusan hidupan liar Sentosa Development Corporation (SDC), selepas ia dikesan di kawasan yang mempunyai ramai orang.

Beberapa meter dari ular itu, dua pembuat filem profesional dan seorang jurugambar, menunggu dengan sabar untuk ular itu muncul.

Mereka tidak perlu tunggu lama.

Hanya dalam beberapa minit sahaja, ular sawa tersebut keluar dari beg dan mula memanjat pokok.

Pasukan itu kemudian menunggu empat jam lagi untuk ular itu turun dari pokok yang sama, sambil memerhatikan pergerakannya menerusi kamera.

Ular sawa batik berasal dari Singapura dan ia biasanya ditemui di hutan sekunder yang mempunyai bekalan air. (Gambar: CNA/Raj Nadarajan)
Jurugambar dan pembuat filem Jayaprakash Bojan, lebih dikenali sebagai JP, memasang kamera pada monopod untuk merakam ular sawa dari jarak yang selamat. (Gambar: CNA/Raj Nadarajan)
Seekor ular senduk dipanggil 'spitting cobra' yang ditemui dalam longkang di Fort Siloso di Sentosa, dipindahkan ke kawasan hutan di pulau itu. Pasukan pembuat filem menjalani penggambaran di Sentosa tiga kali seminggu selama tiga bulan, namun ini kali pertama mereka bersemuka dengan seekor ular berbisa di pulau itu. (Gambar: CNA/Nuria Ling)
Salah satu spesies yang jarang ditemui adalah kelawar buluh, yang merupakan di antara mamalia paling kecil di dunia.
Seekor kelawar buluh dirakam selepas dibangunkan oleh endoskop (Gambar: CNA/Nuria Ling)
Endoskop digunakan untuk memeriksa kelawar buluh, yang hidup di dalam pokok buluh. (Gambar: CNA/Nuria Ling)
Terdapat lebih 850 jenis flora dan fauna di Sentosa.

Dengan memasang kamera perangkap, pasukan pemuliharaan dapat menjejak dan melindungi kehidupan liar di pulau tersebut.

Pasukan itu sudah memasang lapan kamera sedemikian di habitat yang mempunyai pelbagai jenis kepelbagaian bio, di seluruh pulau. Kamera tersebut diperiksa sekali setiap dua bulan.

SDC menyatakan: "Kami menggesa pendatang untuk berhati-hati ketika meneroka Sentosa, dan menjaga ekosistem yang mudah terjejas ini dengan baik."

Lawatan ke beberapa kawasan seperti Tanjung Rimau dan Mount Serapong hanya disediakan menerusi lawatan berpandu oleh SDC atau lawatan disahkan oleh SDC.
Penyelia kanan Justin David (kiri) dan pengendali haiwan kanan Joshua Sathasivam Shanmugam (kanan) daripada pasukan pengurusan hidupan liar Sentosa, sedang memasang kamera perangkap.
 
Penyelia kanan Justin David (kiri) dan pengendali haiwan kanan Joshua Sathasivam Shanmugam (kanan) daripada pasukan pengurusan hidupan liar Sentosa, sedang memasang kamera perangkap. (Gambar: Nuria Ling)
Gambar seekor burung kakak tua tanimbar dipetik kamera perangkap di sepanjang laluan pantai Sentosa. (Gambar: Nuria Ling)
Sekeluarga burung enggang, yang terdiri daripada 11 anggota, dikesan oleh pembuat filem dan jurugambar JP, berdekatan sebuah tapak semaian. JP dan rakan sekumpulan, Ian Mun, juga berjaya memetik gambar spesies burung lain termasuk burung helang, bayan dan burung berek-berek rengkung biru (Gambar: Nuria Ling)
JP, yang juga Jurugambar Alam Semula Jadi National Geographic 2017, berkata: "Perasaan di mana anda tidak tahu apa yang akan berlaku sangat menyeronokkan. Saya tahu saya akan melihat sesuatu, tetapi saya tidak tahu apa."

Jurugambar veteran selama 20 tahun itu berkata "tiada apa-apa yang berada dalam kawalan anda", apabila anda memetik gambar hidupan liar.

Sebagai contoh, air pasang surut di hujung utara-barat Sentosa diiringi 'supermoon' bulan Ogos, menjadikannya satu peristiwa yang jarang berlaku dan peluang yang paling sesuai untuk menyaksikan hidupan laut ketika air pasang surut.
Pasukan pembuat filem berangkat sebelum matahari terbit untuk menyaksikan hidupan marin liar di zon pasang surut Sentosa di sepanjang hujung barat laut pulau itu, sebuah kawasan habitat rapuh yang ditutup kepada orang awam, kecuali bagi lawatan berpandu yang diluluskan. (Gambar: Nuria Ling)
Pembuat filem menemui ikan kecil di kolam air pasang, sepanjang pantai berbatu di barat laut Sentosa. (Gambar: Nuria Ling)
Batu karang ditemui di dalam kolam air pasang, ketika air surut. (Gambar: Nuria Ling)
Chiton ketika air surut. Ia adalah sejenis moluska seperti siput dan kerang, yang menyerupai fosil. Ia mempunyai lapan plat bertindih di sepanjang bahagian tengah dan sedutan kuat yang membolehkannya melekat pada batu. (Gambar: Nuria Ling)
Ian Mun memetik gambar ketam telur merah, yang mengejar seekor sotong terumbu di zon pasang surut. "Interaksi antara spesies sangat menarik untuk diperhatikan," katanya. (Gambar: Nuria Ling)
Seekor ketam telur merah mengejar sotong terumbu di zon pasang surut Sentosa, Tanjong Rimau. (Gambar: Ian Mun)
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita