LAPORAN BERGAMBAR: Persiapan operasi pelupusan bom Perang Dunia Kedua di Bukit Timah
Anggaran Waktu Membaca:
Para penduduk meninggalkan Blok 154 Gangsa Rd dengan haiwan peliharaan mereka. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)
SINGAPURA: Penduduk yang tinggal berdekatan dengan sebuah tapak binaan di Upper Bukit Timah siap meninggalkan kawasan berkenaan pada Selasa (26 Sep).
Ini menyusuli penemuan bom era Perang Dunia Kedua minggu lalu dan operasi pelupusan terkawal bom tersebut hari ini.
Sesetengah penduduk dilihat meninggalkan bangunan rumah mereka, membawa bersama haiwan peliharaan mereka.
Operasi meletupkan bom itu akan dilakukan oleh pasukan pelupusan kelengkapan bahan letupan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Lebih 4,000 penduduk dan pihak berkepentingan, dan lebih 1,000 unit terjejas oleh operasi pelupusan berkenaan, lapor Mediacorp semalam.

Sepanjang tempoh itu, jejambat Bukit Panjang serta Upper Bukit Timah Road akan ditutup kepada lalu lintas dari 11.00 pagi hingga 7.00 malam. Ini termasuk laluan antara Woodlands Road dengan Petir Road bagi jejambat tersebut dan antara Petir Riad dengan Cashew Road di Upper Bukit Timah.
Penghuni bangunan-bangunan berikut juga sebelum ini diberitahu polis untuk mengosongkan premis masing-masing buat sementara waktu sedang operasi itu dijalankan:
- The Linear
- Hazel Park
- Bukit 828
- Hazel Park Terrace
- Blok 154 Gangsa Road
- Rumah kedai di 778 hingga 822 Upper Bukit Timah Road
Pelajar Sekolah Menengah Greenridge mengendalikan pembelajaran di rumah (HBL) pada Selasa memandangkan sekolah tersebut turut perlu dikosongkan.
Polis menyatakan pihaknya akan menyediakan kemas kini di platform Facebook dan X apabila jalan raya sudah dibuka semula.
Pihak berkuasa menambah bahawa sekatan tempat letak kereta akan dikuatkuasakan dengan ketat dan kenderaan yang didapati diletakkan secara sembarang atau menyebabkan halangan, boleh ditarik.
Aktiviti dron juga dilarang dengan tegas di kawasan, di mana operasi pelupusan bom tersebut sedang dijalankan.
Sebuah kawasan menunggu disediakan di Kelab Masyarakat Senja-Cashew bagi penduduk meluangkan masa sementara operasi itu dijalankan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.