Laporan Bergambar: Gangguan khidmat MRT Laluan Timur-Barat
Perkhidmatan MRT antara stesen Boon Lay dan Queenstown dihentikan; Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai punca gangguan perkhidmatan.

Penumpang di stesen MRT Boon Lay pada 25 Sep, 2024. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Penumpang MRT Laluan Timur-Barat (EWL) lewat ke tempat dituju pada Rabu (25 Sep) selepas gangguan besar berlaku pada perkhidmatan kereta api antara stesen MRT Boon Lay dengan Queenstown dari kedua-dua arah sejak sekitar 9.30 pagi.
Menteri Pengangkutan, Chee Hong Tat, dalam catatan Facebooknya berkata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai punca insiden itu dan mengenal pasti peningkatan yang perlu dibuat.
Pengendali pengangkutan SMRT dalam kemas kini pada Rabu malam berkata perkhidmatan kereta api antara stesen Jurong East dengan Buona Vista dihentikan pada Khamis untuk memudahkan kerja-kerja pembaikan.
SMRT mula memaklumkan orang ramai mengenai gangguan tersebut di laman Facebooknya pada 9.52 pagi.
SMRT membantu penumpang turun di stesen Clementi, dan kereta api ditarik balik ke depoh Ulu Pandan, kata LTA.
Mulai 5.00 petang, SMRT menyediakan perkhidmatan kereta api ulang-alik antara stesen MRT Buona Vista dengan Queenstown, dan juga antara stesen Jurong East dengan Boon Lay, selang setiap 10 minit.
Perkhidmatan bas percuma bagi khidmat biasa dan khidmat penghubung perjalanan turut disediakan antara stesen Boon Lay dengan Queenstown.
Berikut keadaan di stesen terjejas yang dirakam lensa wartawan Mediacorp.









Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.