Skip to main content

Singapura

Lapangan terbang di Rusia, Brazil kendalian Changi Airports International dapat pengiktirafan antarabangsa

Tiga lapangan terbang di Rusia dan satu lagi di Brazil yang dikendalikan Changi Airports International (CAI) memenangi anugerah pusat penerbangan terbaik.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan terbang di Rusia, Brazil kendalian Changi Airports International dapat pengiktirafan antarabangsa

Lapangan Terbang Sochi. (Gambar: CAI)

Diterbitkan : 29 Mar 2018 10:39AM Dikemas Kini : 29 Mar 2018 10:42AM

SINGAPURA: Tiga lapangan terbang di Rusia dan satu lagi di Brazil yang dikendalikan Changi Airports International (CAI) memenangi anugerah pusat penerbangan terbaik.

Demikian menurut syarikat itu semalam (28 Mac).

Lapangan Terbang Antarabangsa Sochi di Rusia diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Terbaik bagi Saiz dan Wilayah untuk lapangan terbang di Eropah yang mengendalikan antara lima juta hingga 15 juta penumpang setiap tahun.

Ia juga dipilih sebagai Lapangan Terbang Terbaik di Eropah dalam kalangan lapangan terbang yang mengendalikan lebih 2 juta penumpang setiap tahun, di Anugerah Mutu Perkhidmatan Lapangan Terbang anjuran Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa.

Anugerah-anugerah itu adalah berdasarkan penilaian para penumpang bagi 34 aspek lapangan terbang termasuk, akses, khidmat daftar masuk, kemudahan dan sekitaran lapangan terbang. Lebih 600,000 penumpang dari 84 negara mengambil bahagian dalam tinjauan berkenaan.

Dalam pada itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Anapa diiktiraf sebagai Lapangan Terbang Daerah Terbaik di Rusia buat kali keempat berturut-turut di Pertunjukan Prasarana Lapangan Terbang Negara dan Penerbangan Awam.

Lapangan Terbang Antarabangsa Vladivostok pula memenangi Anugerah Pemasaran Routes Asia 2018 bagi lapangan terbang yang mengendalikan tidak lebih daripada empat juta penumpang setiap tahun.

Di Brazil, Lapangan Terbang Tom Jobin turut diiktiraf sebagai mempunyai Kecekapan Operasi Lapangan Terbang Terbaik dan Lapangan Terbang Paling Ikut Jadual di Latin Amerika bagi kategori lapangan terbang yang mengendalikan antara 10 juta hingga 20 juta penumpang setiap tahun oleh syarikat pengumpulan maklumat penerbangan OAG. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita