Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi urus 150,000 penumpang setiap minggu pada cuti hujung tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Changi urus 150,000 penumpang setiap minggu pada cuti hujung tahun ini

Dewan ketibaan di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi yang akan dibuka semula pada 13 Sep 2022. (Gambar: Grace Yeoh/CNA)

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi mengurus kira-kira 150,000 penumpang setiap minggu dalam musim cuti hujung tahun sekarang.

Dalam catatannya di Facebook pada Ahad (18 Dis), Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata jumlah itu sekitar 75 peratus daripada paras sebelum berlaku pandemik COVID-19.

Menurut beliau lagi pembukaan semula Terminal Empat dan Dewan Berlepas Selatan Terminal Dua, membantu menangani kenaikan mendadak jumlah penumpang.

Jumlah pekerja syarikat-syarikat penerbangan pula kini kira-kira 90 peratus di paras sebelum pandemik.

Dalam catatan tersebut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pekerja di Changi kerana terus memberikan khidmat yang baik bagi pelancong.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan