Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi pamer 3 bot penyelamat baharu

Pasukan khidmat kecemasan Lapangan Terbang Changi kini mempunyai tiga bot penyelamat baharu yang dapat meningkatkan keupayaannya dalam operasi mencari dan menyelamat serta memadamkan kebakaran.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan khidmat kecemasan Lapangan Terbang Changi kini mempunyai tiga bot penyelamat baharu yang dapat meningkatkan keupayaannya dalam operasi mencari dan menyelamat serta memadamkan kebakaran.

Bot-bot itu dipamerkan semasa latihan simulasi krisis tahunan Lapangan Terbang Changi pada Khamis (17 Okt), yang melibatkan hampir 20 agensi dan lebih 200 peserta.

Kapal-kapal baharu itu - Landing Craft, Command Craft dan Fast Craft - akan menggantikan kapal-kapal lama yang tamat tempoh penggunaannya tahun ini, kata Changi Airport Group (CAG), yang menguruskan Lapangan Terbang Changi, dalam satu kenyataan media.

Setiap kapal mempunyai kelajuan maksimum 40 knot, iaitu meningkat berbanding 20 knot bagi kapal-kapal generasi pertama yang termasuk hovercraft dan bot yang dikembungkan dengan cepat (inflatable boat).

Pasukan Khidmat Kecemasan Lapangan Terbang CAG bertanggungjawab mengendalikan kes-kes pelanggaran di lapangan terbang, memadam kebakaran, operasi menyelamat serta kejadian kecemasan lain termasuk barangan berbahaya, amaran bom dan ancaman kimia atau biologi.

Ia beroperasi daripada sebuah pangkalan menyelamat di laut, yang terletak di kawasan perairan Lapangan Terbang Changi, dilengkapi dengan kapal-kapal dan peralatan kecemasan untuk mengendalikan sebarang kejadian pesawat terhempas dalam kawasan perairan di sekitar lapangan terbang dan kejadian serupa di laut.

Pangkalan itu juga satu-satunya lokasi di mana hovercraft boleh beroperasi di SIngapura.

Timbalan komander AES, Encik Andrew Ong berkata pelaburan CAG dalam teknologi baharu 'memastikan bahawa keupayaan mencari dan menyelamat Khidmat Kecemasan Lapangan Terbang kekal tinggi, dan boleh dijangkakan untuk membuat perbezaan positif apabila kejadian tidak disangkakan berlaku".
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan