Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi manfaatkan traktor tanpa pemandu bagi punggah bagasi

Mulai bulan depan, traktor bagasi tanpa pemandu akan beroperasi selain traktor bagasi berpemandu untuk berkhidmat di Lapangan Terbang Changi. Ini adalah sebahagian daripada percubaan bagi kenderaan tanpa pemandu sedemikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Changi manfaatkan traktor tanpa pemandu bagi punggah bagasi

TractEasy mampu punggah sehingga enam tan bagasi. (Gambar: Zhaki Abdullah)

Diterbitkan : 13 Aug 2021 10:16PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 10:18PM

SINGAPURA: Mulai bulan depan, traktor bagasi tanpa pemandu akan beroperasi selain traktor bagasi berpemandu untuk berkhidmat di Lapangan Terbang Changi. Ini adalah sebahagian daripada percubaan bagi kenderaan tanpa pemandu sedemikian.

Traktor tanpa pemandu itu dengan kelajuan maksimum 15 kilometer sejam mampu menunda sehingga empat unit peranti pemunggah - iaitu kontena-kontena yang digunakan untuk memunggah bagasi ke dalam pesawat - daripada kawasan bagasi ke ruang pesawat.

Kenderaan yang dipanggil TractEasy itu, yang dibangunkan bersama oleh pengilang peralatan sokongan landasan TLD dan firma kenderaan tanpa pemandu EasyMile, dilengkapi dengan peranti-peranti seperti sensor pengesanan cahaya dan jarak, kamera dan antena GPS serta 4G dan Wi-Fi.

Ciri-ciri itu membolehkan lokasi traktor bagasi tersebut dipantau dengan ketepatan satu sentimeter, kata Cik Juliette Chia, ahli bersekutu kanan pejabat transformasi ruang pesawat Changi Airport Group (CAG).

Satu demonstrasi TractEasy dijalankan untuk anggota media di Terminal 3 hari ini (13 Ogos), sebelum pelaksanaannya.

Pada Oktober tahun lalu, kenderaan itu pertama kali diuji di Terminal 4 - semasa penerbangan ditangguh sejak Mei tahun lalu - untuk menguji kebolehannya mengikut laluan yang ditetapkan dalam sekitaran tanpa kenderaan lain, kongsi Encik Chia.

"Kami baru selesai pembuktian konsep dan kami sedang beralih ke operasi penerbangan sebenar bersama para kakitangan di landasan, sebahagian besarnya SATS, untuk melihat bagaimana traktor itu boleh menyokong operasi sedia ada," jelas beliau.

TractEasy buat masa ini boleh ditetapkan untuk menunda bagasi dengan berat sehingga enam tan, dedah Cik Chia sambil menambah bahawa ia boleh ditambah pada masa hadapan.

Katanya, CAG berharap dapat menambah lagi dua traktor bagasi sedemikian untuk duji pada Oktober.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan