Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi longgarkan langkah keselamatan; Terminal 2 'dibuka secara bertahap' tahun ini

Pengalaman yang dahulunya dinikmati para pelawat di Lapangan Terbang Changi sebelum pandemik COVID-19 melanda dijangka akan kembali ke tahap hampir seperti sediakala dengan langkah-langkah sempadan kini dilonggarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Lapangan Terbang Changi longgarkan langkah keselamatan; Terminal 2 'dibuka secara bertahap' tahun ini

Orang ramai bergambar di hadapan gula-gila lollipop gergasi di dewan ketibaan Lapangan Terbang Changi pada 11 Mac 2022. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Mar 2022 05:09PM Dikemas Kini : 30 Mar 2022 05:11PM

SINGAPURA: Pengalaman yang dahulunya dinikmati para pelawat di Lapangan Terbang Changi sebelum pandemik COVID-19 melanda dijangka akan kembali ke tahap hampir seperti sediakala dengan langkah-langkah sempadan kini dilonggarkan.

Ini termasuk membeli-belah dan duduk makan di dewan persinggahan sebelum berangkat atau sewaktu ketibaan, menurut Changi Airport Group pada Rabu (30 Mac).

Dalam kenyataannya, kumpulan itu juga menyatakan ini bermakna penumpang yang tiba di Singapura kini boleh "bersatu semula dengan sahabat handai dan anggota keluarga mereka sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dewan ketibaan".

Sebelum sekatan-sekatan dilonggarkan, akses ke dewan ketibaan dihadkan kepada khidmat menyambut tetamu secara profesional seperti yang melibatkan wakil hotel dan ejen syarikat.

Ini bermakna sanak saudara, rakan taulan atau anggota-anggota keluarga hanya boleh menunggu di mana-mana kawasan awam di pekarangan Lapangan Terbang Changi.

CAG menyatakan memandangkan penumpang lengkap divaksin tidak lagi perlu menjalani ujian COVID-19 sebaik tiba di lapangan terbang, mereka dibenarkan untuk membeli-belah dan duduk makan di kawasan awam sama ada di lapangan terbang mahupun di kompleks runcit Jewel sebelum mereka meninggalkan premis itu.

Langkah untuk melonggarkan kedua-dua kawalan sempadan dan jangkitan diumumkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis lalu (24 Mac).

Bercakap kepada pihak media di Lapangan Terbang Changi pada Rabu, Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata beliau sudah bertemu dengan kakitangan lapangan terbang serta yang di lapangan dan "keterujaan serta keyakinan mereka dapat dirasakan" dengan jelas sekali.

Beliau menambah kakitangan menunjukkan semangat yang tinggi dan mereka "semua mahu melihat Changi bersemarak semula".

Pemulihan "pengalaman Changi", tambah Encik Iswaran, bukan sahaja untuk rakyat Singapura tetapi juga buat pelawat dari seluruh dunia kerana mereka sudah terbiasa dengannya.

“Ini bermakna (ia seharusnya bermula) dari pengalaman sebaik tiba di sini, proses imigresen dan juga apa yang berlaku di lapangan terbang itu sendiri."

Encik Iswaran menambah Terminal 2 akan "dibuka secara bertahap-tahap" pada tahun ini.

“Saya rasa ia akan membantu menambahkan pelawat. Terminal 4, saya rasa jika kita mahu mengaktifkannya, Lapangan Terbang Changi akan dapat berbuat demikian dalam tempoh notis yang agak singkat," ungkapnya.

“Saya rasa apabila kami meningkatkan jumlah... ini adalah satu keputusan yang tentu sekali akan menimbulkan kesan yang meluas kerana membuka sebuah terminal melibatkan belanja yang besar terutama dari segi tenaga kerja. Maka itu, ia bukan setakat membuka satu atau dua gerbang pada satu-satu masa saja."

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan