Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi kendali 3.42 juta penumpang pada Sep 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Oct 2022 10:03PM Dikemas Kini : 29 Oct 2022 07:42AM
SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi mengendalikan 3.42 juta penumpang pada September, menerusi satu kenyataan Changi Airport Group (CAG) pada Jumaat (28 Okt).

Jumlah itu hampir 63 peratus daripada paras pada bulan September 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Bagi suku ketiga pula, bilangan penumpang pesawat yang menggunakan Lapangan Terbang Changi sudah mencecah 10 juta orang.

Bilangan perjalanan menuju dan datang dari Amerika Utara terus berada di atas paras sebelum pandemik.

Namun pertumbuhan paling rancak dicatatkan dalam pasaran perjalanan di Asia Tenggara.

Ia melepasi kadar 60 peratus daripada paras sebelum pandemik buat pertama kali sejak COVID-19 melanda.

Bagaimanapun, lain halnya dengan penghantaran kargo melalui udara yang merosot 10 peratus pada September beranding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut CAG, ia antara lain disebabkan keadaan ekonomi sejagat yang tidak menentu dan inflasi.
Sumber : CNA/IA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan