Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lapangan Terbang Changi asingkan penerbangan yang tiba dari negara, rantau berisiko tinggi

Lapangan Terbang Changi akan mengasingkan pesawat-pesawat yang tiba dari negara-negara dan rantau-rantau berisiko tinggi dengan tempat-tempat berisiko rendah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 May 2021 06:02PM Dikemas Kini : 15 May 2021 11:31PM

SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi akan mengasingkan pesawat-pesawat yang tiba dari negara-negara dan rantau-rantau berisiko tinggi dengan tempat-tempat berisiko rendah.

Demikian menurut Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS)
pada Sabtu (15 Mei).

Penerbangan yang tiba dari rantau berisiko tinggi akan diarahkan ke lorong berbeza.

Para penumpang yang menaiki penerbangan tersebut akan menggunakan dewan ketibaan imigresen, tali sawat dan tandas yang berbeza daripada mereka yang tiba melalui penerbangan dari negara atau rantau berisiko rendah.

Para penumpang yang menaiki pesawat dari "negara-negara paling berisiko tinggi" akan diiringi sepanjang berada di lapangan terbang dan menjalani ujian-ujian COVID-19 di stesen penyaringan kesihatan yang berasingan sebaik mereka mendarat.

"Ini akan mengurangkan interaksi dengan para penumpang lain dan kakitangan," menurut CAAS dalam kenyataan media.

Mediacorp sudah menghubungi dan memaklumkan kepada penguasa penerbangan tentang negara dan rantau mana yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi atau sangat berisiko tinggi.

Langkah itu diambil setelah ia mendapati sekitar 20 kes dalam kelompok jangkitan di lapangan terbang itu "agak tertumpu" di sekitar satu kawasan yang menerima pengunjung dari rantau-rantau berisiko lebih tinggi.

Bercakap semasa sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian pad Jumaat (14 Mei), Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung berkata: "Ini adalah zon dengan lorong yang menerima ketibaan dari negara-negara berisiko lebih tinggi, termasuk (dari) Asia Selatan dan kemudian tali sawat dan imigresen.

"Dan dari zon itu, para pekerja pergi makan tengah hari, makan di kawasan komersil dan pusat makanan di Besmen 2 Terminal 3 dan kami mengesyaki dari situ ia menular ke dalam kalangan masyarakat awam yang mengunjungi tempat tersebut.

Kelompok di Lapangan Terbang Changi kini sudah naik ke 59 kes kesemuanya iaitu kelompok aktif terbesar Singapura. Kes pertama yang dikesan dalam kelompok itu adalah seorang pekerja pembersihan berusia 88 tahun dari syarikat Ramky Cleantech Services yang disahkan diangkiti COVID-19 pada 5 Mei.

Daripada 59 kes dalam kelompok itu adalah 35 pekerja lapangan terbang.

"Tiada daripada kes itu dalam keadaan serius, memerluan bantuan oksigen atau dirawat di unit jagaan rapi," menurut CAAS.

PERLINDUNGAN DIPERTINGKAT BAGI PEKERJA LAPANGAN TERBANG

Menurut CAAS langkah-langkah tambahan akan diambil untuk melindungi lagi para pekerja lapangan terbang.

"Kami sedang melaksanakan aturan mengikut kohort untuk mengurangkan risiko pekerja lapangan terbang dijangkiti," menurut CAAS.

"Kumpulan-kumpulan pekerja lapangan terbang yang berbeza akan mempunyai tempat rehat berbeza dan pasukan-pasukan kerja akan diasingkan daripada pasukan kerja lain. Makanan bagi mereka yang bekerja di kawasan berisiko lebih tinggi akan dihantar kepada mereka."

Satu operasi pengujian khas COVID-19 bagi para pekerja lapangan terbang sudah dilaksanakan sejak 9 Mei, dengan semua pekerja di Terminal 1 dan 3 serta Jewel Lapangan Terbang Changi, perlu menjalani ujian.

Terminal 2 sudah ditutup sejak 1 Mei 2020.

Hampir 10,000 pekerja sudahpun diuji sejauh ini, dengan kebanyakan keputusan ujian adalah negatif, menurut CAAS.

Operasi pengujian itu akan dilanjutkan kepada para pekerja pejabat di bangunan-bangunan terminal penumpang Lapangan Terbang Changi, dengan sekitar 8,000 pekejra akan menjalani ujian dalam beberapa hari mendatang.

"Kemudian, semua pekerja lapangan terbang dengan peranan berisiko lebih tinggi akan menjalani ujian rutin berjadual setiap tujuh hari tidak kira status vaksinasi mereka," menurut CAAS.

"Ini adalah langkah dipertingkat berbanding jadual 14 hari sekarang."

Sehingga hari ini, 90 peratus pekerja penerbangan barisan hadapan sudahpun menerima vaksin COVID-19. Menurut CAAS operasi-operasi sedang dipertingkat untuk memberikan vaksin kepada baki 10 peratus yang lain serta para pekerja penerbangan penting yang lain.

KERJA-KERJA PEMBERSIHAN, PEMBASMIAN KUMAN DITERUSKAN

Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di Kopitiam dan cawangan-cawangan NTUC FaiPrice di Besmen 2 Terminal 3 sudahpun selesai dan amalan kebersihan serta langkah pengurusan selamat di cawangan-cawangan itu sedang dikaji semula.

"Kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman juga sedang dijalankan di Jewel Lapangan Terbang Changi," menurut CAAS.

"Selain itu, kami akan melanjutkan operasi pembersihan dan pembasmian kuman ke kawasan-kawasan transit, khususnya, di kawasan-kawasan tempat para pekerja disyaki dijangkiti (COVID-19)."

Bangunan-bangunan terminal penumpang Lapangan Terbang Changi dan Jewel ditutup kepada umum sehingga 27 Mei.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan