Lapangan Terbang Changi akan naikkan caj, levi bagi penumpang & syarikat penerbangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penumpang dan syarikat penerbangan yang menggunakan Lapangan Terbang Changi akan dikenakan bayaran lebih tinggi sepanjang tempoh enam tahun seterusnya.
Changi Airport Group (CAG) menyatakan langkah itu bagi membiayai pelaburan sebanyak S$3 bilion demi meningkatkan perkhidmatan dan prasarananya, selain menampung kos operasi lebih tinggi.
Bayaran lebih tinggi itu akan dinaikkan secara bertahap-tahap.
Misalnya, Yuran Khidmat dan Keselamatan penumpang bagi mereka yang berangkat dari Changi, akan dinaikkan S$3 setiap tahun, selama empat tahun mulai April 2027.
Bagi syarikat penerbangan pula, yuran pendaratan pesawat akan dinaikkan sebanyak S$110 kepada S$290 untuk setiap penerbangan mulai April depan.
Yuran itu akan terus dinaikkan pada jumlah yang sama buat dua tahun berikutnya.
Bagi membantu peralihan itu, rebat 50 peratus ke atas kenaikan yuran itu akan ditawarkan kepada syarikat-syarikat penerbangan untuk enam bulan pertama.
Antara kerja naik taraf yang dirancangkan termasuk mengadakan lebih banyak khidmat kereta api yang menghubungkan terminal-terminal Changi, menyediakan lebih banyak laluan mendaftar masuk dan meluaskan dewan imigresen ketibaan.
Naib Presiden Eksekutif, Kejuruteraan dan Pembangunan Changi Airport Group Koh Ming Sue berkata: "Dengan pandemik sudah meninggalkan kita, perjalanan udara akan kembali tumbuh pada dekad-dekad mendatang.
"Sebagai sebuah hab udara utama, Lapangan Terbang Changi dalam kedudukan yang baik untuk menampung permintaan bagi memberi manfaat kepada ekonomi Singapura.
"Kebangkitan kukuh trafik, bagaimanapun, akan memberi tekanan hebat ke atas prasarana sedia ada Lapangan Terbang Changi sebelum Terminal 5 siap dibina sekitar pertengahan 2030-an. "

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.