Skip to main content

Singapura

Lantai gudang di Toa Payoh roboh, SCDF selamatkan tiga orang termasuk dua kanak-kanak

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berjaya menyelamatkan tiga orang di sebuah gudang di Toa Payoh pada Selasa (28 Jan) selepas lantai mezanin dan rak penyimpanan barang di dalam unit tersebut, roboh.

Anggaran Waktu Membaca:
 Lantai gudang di Toa Payoh roboh, SCDF selamatkan tiga orang termasuk dua kanak-kanak

(Gambar: SCDF)

Diterbitkan : 29 Jan 2025 07:15AM Dikemas Kini : 29 Jan 2025 07:27AM
SINGAPURA: Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berjaya menyelamatkan tiga orang di sebuah gudang di Toa Payoh pada Selasa (28 Jan) selepas lantai mezanin dan rak penyimpanan barang di dalam unit tersebut, roboh.

Dua daripada mereka yang diselamatkan adalah kanak-kanak.

SCDF dimaklumkan mengenai kejadian di 11 Toa Payoh Industrial Park itu pada kira-kira 5.50 petang, dan anggota bomba dari Balai Bomba Bishan serta anggota dari Unit Bertindak Khas SCDF dan Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (DART) dikerahkan ke tempat kejadian.

Pada mulanya empat orang "terperangkap di bawah timbunan yang turut terjatuh, kata SCDF dalam satu catatan di Facebook.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka dapat keluar sendiri sebelum pasukan SCDF tiba dan memaklumkan anggota kecemasan bahawa tiga orang lain masih terperangkap termasuk dua kanak-kanak.
Anggota bomba dan penyelamat mula mencari di kawasan yang terjejas, berukuran kira-kira 20m kali 10m, dengan dibantu oleh dua anjing penyelamat SCDF.

"Anggota bomba dan penyelamat mengalihkan timbunan ambal dan memotong rak untuk menarik keluar tiga orang yang terperangkap," kata SCDF.

"Selepas operasi yang berlangsung kira-kira 90 minit, ketiga-tiga mangsa, dua daripadanya kanak-kanak, berjaya diselamatkan."

Kesemua empat orang itu berada dalam keadaan sedarkan diri ketika dibawa ke hospital. Menurut SCDF, dua orang dewasa dibawa ke Hospital Tan Tock Seng manakala kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).
Sumber : CNA/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita