Lanjutan tempoh tangguh di tempat letak kereta HDB, URA dikurangkan kepada 15 minit mulai 1 Sept
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Nisha Karyn)
SINGAPURA: Lanjutan tempoh tangguh untuk meletak kereta jangka pendek di tempat letak kereta Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan dikurangkan dari 20 minit ke 15 minit dari September 2022.
Ini disebabkan kelonggaran dalam langkah pengurusan selamat sejak April dan kurangnya aturan bekerja dari rumah, menurut HDB dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini (22 Ogos).
Sebelum April 2020, pemandu diberi tempoh tangguh 10 minit di semua tempat letak kereta HDB dan URA dengan sistem elektronik meletak kereta untuk memudahkan pemmandu mencari tempat meletak kereta dan melakukan penghantaran atau pengambilan dengan cepat.
Namun, sejak berlakunya "langkah pemutus rantaian jangkitan" pada 2020, HDB dan URA membuat penyesuaian sementara tempoh tangguh kepada 20 minit, dalam respons kepada situasi COVID-19 yang tidak menentu.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, HDB menjelaskan bahawa tempoh tangguh yang dilanjutkan selama 20 minit itu dikuatkuasakan buat pertama kali pada April 2020 dan dikembalikan semula sebanyak tiga kali antara 2020 dengan 2021 sebagai respons kepada situasi COVID-19.
Ia menambah bahawa tempoh tangguh selama 20 minit buat masa ini dikuatkuasakan pada 27 September tahun lalu.
"Rekod kami menunjukkan bahawa tempoh tangguh selamat 15 minit secara amnya mencukupi walaupun semasa tempoh di mana terdapat permintaan tinggi bagi penghantaran."
Para pemandu yang meninggalkan tempat letak kereta selepas tempoh tangguh perlu membayar yuran meletak kereta untuk tempoh penuh, termasuk 15 minit pertama.
TIADA PENJUALAN DAN PERTUKARAN KUPON LETAK KERETA DI CAWANGAN HDB
Selain itu, HDB dijangka menghentikan penjualan dan pertukaran kupon letak kereta di semua cawangan HDB mulai 19 September.
Penjualan kupon letak kereta menjunam sebanyak 99 peratus dalam tahun-tahun kebelakangan ini ekoran penguatkuasaan sistem elektronik letak kereta di sembilan daripada sepuluh tempat letak kereta HDB dan aplikasi Parking.sg yang diperkenalkan pada 2017, menurut HDB.
Para pemandu boleh terus membeli kupon daripada ejen yang diluluskan seperti stesen minyak, cawangan 7-Eleven dan Cheers.
Bagi mereka yang ingin mendapat bayaran balik bagi kupon letak kereta yang belum digunakan atau sudah tamat tempoh, mereka perlu membuat temu janji secara online menerusi laman HDB InfoWEB, untuk mengelakkan daripada menunggu lama di cawangan HDB.
HDB juga menggalakkan para pemandu menggunakan aplikasi Parking.sg untuk membiayai yuran meletak kereta jangka pendek di tempat letak kereta yang belum dipasang sistem elektronik, disebabkan kekangan ruang.
"Setakat ini, hampir sembilan daripada sepuluh pemandu dapat menggunakan aplikasi Parking.sg di tempat letak kereta ini. Aplikasi Parking.sg menawarkan kepada pemandu kemudahan caj bagi setiap minit dan pengiraan yuran letak kereta secara automatik, sekali gus mengelak daripada keperluan untuk membeli, mengoyak dan mempamerkan beberapa kupon," jelas HDB.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.