Langkah tegas tangani penipuan dan penyalahgunaan dadah penting untuk lindungi masyarakat: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Langkah-langkah yang diumumkan pemerintah bagi menangani penipuan dan penyalahgunaan dadah penting untuk melindungi rakyat Singapura serta memastikan keselamatan masyarakat terus terpelihara.
Semasa ditemui dalam wawancara susulan perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Menteri Negara Kanan MHA Dr Faishal Ibrahim berkata usaha memperkukuh undang-undang dan penguatkuasaan terhadap jenayah penipuan serta mempertingkatkan langkah pencegahan dadah adalah langkah penting dalam menghadapi ancaman yang semakin kompleks.
Menurut beliau, penipuan kini semakin kompleks, malah sering melibatkan sindiket luar negara yang menggunakan individu tempatan sebagai ‘keldai wang’.
“Ramai penipu berpangkalan di luar negara. Kalau kita lihat dan mereka merekrut keldai tempatan untuk melakukan jenayah mereka. Di Singapura, para keldai membantu penipu memindahkan wang dan membenarkan penipu mengakses akaun pembayaran mereka. Butiran Singpass dan kad SIM tempatan juga sering digunakan oleh penipu untuk melakukan penipuan di sini. Oleh itu, kita harus mengambil sikap tegas terhadap para keldai,” kata Dr Faishal.
LANGKAH BAHARU TANGANI PENIPUAN
Di bawah langkah-langkah yang sedang dipertimbangkan, pemerintah akan memperkukuh undang-undang bagi menangani individu yang terlibat sebagai keldai wang serta mereka yang membekalkan akaun dalam talian untuk memudahkan jenayah.
Antara langkah yang telah diperkenalkan sebelum ini termasuk kesalahan berkaitan penyalahgunaan kad SIM pada tahun 2024 serta hukuman lebih berat seperti sebatan bagi penipu dan keldai wang yang diperkenalkan pada tahun 2025.
MHA juga sedang meneliti perundangan baharu yang membolehkan polis mengambil tindakan terhadap individu yang memiliki atau membekalkan akaun dalam talian yang digunakan untuk melakukan penipuan.
Dalam masa yang sama, pemerintah juga mahu membantu orang ramai mengenal pasti panggilan yang sah daripada agensi pemerintah.
“Kami sedang meneliti untuk memperkenalkan satu nombor awalan tunggal yang mudah dikenal pasti untuk semua panggilan luar dari pegawai polis kepada orang awam. Melangkah ke hadapan jika anda menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali dan pemanggil mendakwa sebagai pegawai polis, ia berkemungkinan besar adalah satu penipuan,” jelas Dr Faishal.

Selain itu, kerjasama dengan sektor industri turut menjadi komponen penting dalam strategi memerangi penipuan.
Pemerintah sedang meneliti pembangunan satu platform perkongsian data dikenali sebagai Senarai Penipuan Nasional, yang membolehkan maklumat mengenai akaun atau nombor yang disyaki digunakan untuk penipuan dikongsi secara masa nyata antara agensi pemerintah dan rakan industri.
“Kolaborasi dengan rakan industri kita adalah bahagian penting dalam strategi pemerintah untuk memerangi penipuan untuk meraih manfaat atau faedah sepenuhnya daripada perkongsian data untuk mengesan dan mengganggu kegiatan berkaitan penipuan. ”
Dr Faishal turut menekankan bahawa usaha mengekang penipuan memerlukan kerjasama masyarakat.
Beliau menggalakkan orang ramai mengambil langkah proaktif untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan.
“Kami akan menggalakkan individu untuk turut serta dalam usaha memerangi dan mengambil langkah untuk melindungi diri terhadap penipuan dengan hanya memuat turun aplikasi ScamShield. Antara ciri-ciri lain aplikasi ini membolehkan anda untuk menggunakan aplikasi menyekat panggilan dan menapis SMS penipuan pada telefon anda. Laporkan nombor telefon yang mencurigakan agar selepas disahkan oleh pihak berkuasa, mereka yang lain boleh dilindungi daripada menerima panggilan daripada nombor tersebut." kata Dr Faishal.
Dr Faishal berkata langkah mudah itu mampu memberi perlindungan bukan sahaja kepada individu tetapi juga kepada keluarga mereka.
KEPRIHATINAN TERHADAP PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN BELIA
Selain isu penipuan, Dr Faishal turut menekankan keprihatinan terhadap trend penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia.
Beliau berkata lebih separuh daripada pengguna dadah baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdiri daripada individu berusia bawah 30 tahun dan Dr Faishal menyifatkan situasi sedemikian sebagai "kekal membimbangkan."
Namun secara keseluruhan, beliau berkata keadaan dadah di Singapura masih terkawal hasil strategi pengawalan yang tegas.
“Strategi Pengawalan Dadah Singapura berpaksi pada undang-undang yang ketat dan penguatkuasaan yang mantap. Kami juga melabur dalam pendidikan, pencegahan dan program integrasi semula dan pemulihan berdasarkan bukti bagi membantu penyalahguna dadah.” tambah beliau.
PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN TERUS DIPERKUKUH
Dalam masa yang sama, usaha pendidikan pencegahan dadah turut diperkukuh melalui kerjasama antara Biro Narkotik Pusat (CNB) dan Kementerian Pendidikan (MOE).
Program kesedaran seperti kempen Drug Free SG dan inisiatif memperingati mangsa dadah juga akan diteruskan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya dadah.
“Kempen yang bebas daripada sebarang pengaruh ini telah diperkenalkan pada tahun 2025. Memberi tumpuan memperkasakan belia untuk kekal bebas daripada pengaruh dadah kerana mereka melalui pelbagai kisah tentang dadah termasuk informasi yang mengelirukan pada masa kini.”
"Pada tahun 2026, kami akan meluaskan kempen ini dengan dua cara, iaitu melalui dalam talian dan penglibatan fizikal dengan para pelajar pengajian tinggi. Kami akan menggalakkan mereka untuk merenung akan pengaruh-pengaruh yang membentuk persepsi mereka terhadap penyalahgunaan dadah. CNB bekerjasama dengan MOE untuk mengintegrasi pendidikan pencegahan dadah dalam kurikulum sekolah untuk mendidik para pelajar tentang bahaya dadah di sepanjang tempoh pendidikan mereka. Bagi sekolah rendah, tumpuan diberikan terhadap bahan terlarang yang umum dan mengajar tentang kemahiran kawal dorongan," kata Dr Faishal.
Dr Faishal berkata usaha melibatkan masyarakat secara menyeluruh penting untuk memastikan Singapura kekal bebas daripada ancaman dadah dan penipuan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.