Langkah tambahan dilaksanakan sedang operasi Cordlife disambung semula
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/CNA
SINGAPURA: Sebuah sistem baharu pemantauan makmal untuk meneliti suhu tangki penyimpanan dari jauh, sedang kakitangan makmal serta juruteknik yang lebih berpengalaman diambil bertugas.
Ini antara langkah tambahan yang disertakan dalam proses-proses Cordlife sedang firma tersebut menyambang semula khidmat bank darah tali pusat secara terhad pada Selasa (15 Sep).
Syarikat yang disenaraikan di Singapura itu diberikan kelulusan untuk berbuat demikian oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ogos lalu, menyusuli penggantungan operasi selama beberapa bulan berikutan salah urus unit darah tali pusat Cordlife.

Dari 15 September 2024 hingga 15 Januari 2025 - melainkan diluluskan lebih awal oleh ketua pengarah kesihatan - Cordlife boleh mengumpul, menguji, memproses dan menyimpan tidak lebih daripada 30 unit darah tali pusat baharu setiap bulan.
Disember lalu, Cordlife, bank darah tali pusat privet yang paling lama beroperasi di sini - digantung selama enam bulan, sebaik sahaja diumumkan bahawa tujuh daripada tangki penyimpanan tersebut terdedah kepada suhu melebihi had yang dapat diterima.
Kira-kira 2,200 darah tali pusat rosak dalam tangki pertama itu, yang menjejas sekurang-kurangnya 2,150 klien.
Pada April, MOH menyatakan lagi 5,300 unit darah tali pusat disimpan dalam tangki kedua dan satu lagi penghantar kering dianggap "tidak boleh digunakan".
Penggantungan selama enam bulan itu kemudiannya dilanjutkan tiga bulan lagi pada 15 Jun tahun ini untuk Cordlife melengkapkan pengesahan kaedah pemprosesan darah tali pusat baharunya.
Audit susulan yang dijalankan oleh MOH pada bulan Ogos menunjukkan bahawa Cordlife memenuhi keperluan penting untuk menyambung semula penyediaan khidmat perbankan darah tali pusat.

PANTAU SUHU DARI JAUH
Pada Selasa - dua hari selepas khidmat perbankan darah tali pusat sebahagiannya disambung semula - rakan media diberi peluang untuk melawat makmal Cordlife dan proses yang dipertingkatkan itu.
Aspek "penting" kemudahan seluas 502 meter persegi yang dipertingkatkan itu adalah sistem pemantauan makmal baharu, yang menjejaki suhu 27 tangki simpanan kriogenik dan peralatan kritikal lain, kata Cordlife dalam kenyataan media.
Sistem itu memastikan pengawasan masa nyata 24 jam di tapak dan dari jauh. Kakitangan makmal sebelum ini hanya dapat memantau suhu semasa berada di kemudahan itu.
Ia menyediakan makluman terperinci kepada juruteknik, penyelia, dan pengurusan melalui pelbagai saluran komunikasi, iaitu SMS, emel dan panggilan telefon.
Prosedur juga ditetapkan untuk membangkitkan isu tersebut kepada kepimpinan kanan, jika diperlukan.
Terdapat juga dua kakitangan makmal yang ditugaskan untuk sentiasa bersiap siaga setiap hari.
Pengarah makmal akan dimaklumkan 10 minit kemudian. Selepas selang 10 minit lagi, sistem akan memberi amaran kepada pengurusan atasan seperti CEO kumpulan itu.

Sistem pemantauan juga dilengkapi dengan sumber kuasanya sendiri untuk melindungi lagi operasi dan bekalan kuasa, jelas Cordlife.
PELAN HARGA YANG DIKURANGKAN, PENDAFTARAN BAHARU
Cordlife juga mengesahkan platform automatik untuk memproses unit darah tali pusat - dikenali sebagai AXP II - di bawah pengawasan panel pakar MOH.
Sensor canggih sistem memastikan kawalan yang tepat semasa pemprosesan unit darah tali pusat, sekali gus membolehkan hasil sel stem yang berdaya maju yang lebih tinggi
Pada Selasa, pengarah eksekutif kumpulan Chen Xiaoling mengatakan Cordlife sudahpun menerima pendaftaran baharu sejak ia menyambung semula sebahagian operasinya. Syarikat tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah pendaftaran sedemikian yang diterima setakat ini.
Bank darah tali pusat juga telah mengurangkan kos pelan harganya sebanyak 20 hingga 25 peratus berbanding sebelum penggantungannya. Cik Chen menambah harga perlu diselaraskan "dari semasa ke semasa" agar ia sejajar dengan pasaran tersebut.
Sekalipun Cordlife hanya menyenaraikan yuran tahunannya sebanyak S$250 (AS$193) di lamannya, beberapa pelanggan yang ditemui Mediacorp sebelum ini berkongsi bahawa mereka telah mengeluarkan sekurang-kurangnya S$6,000 untuk pengumpulan dan penyimpanan darah tali pusat anak mereka.
Selain Singapura, Cordlife juga mempunyai prasarana penyimpanan di Malaysia, Filipina, Hong Kong, India dan Indonesia.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.