Skip to main content

Singapura

Langkah S'pura menjamin bekalan makanan di tengah-tengah pelbagai cabaran global

Harga makanan yang diimport ke negara ini dijangka naik sedikit pada tahun depan disebabkan oleh permintaan lebih tinggi dan kemungkinan keadaan cuaca kurang baik.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Dec 2018 10:27PM Dikemas Kini : 23 Dec 2018 10:30PM

SINGAPURA: Harga makanan yang diimport ke negara ini dijangka naik sedikit pada tahun depan disebabkan oleh permintaan lebih tinggi dan kemungkinan keadaan cuaca kurang baik.

Singapura mengimport lebih 90 peratus keperluan makanannya.

Ia sudah mengambil beberapa langkah untuk memastikan bekalan makanannya mencukupi dan harganya masih dalam kemampuan orang ramai.

Bagi tujuan itu sebuah agensi baru akan ditubuhkan pada April tahun depan.

Agensi Makanan Singapura akan meninjau langkah mencipta teknologi baru bagi meningkatkan jaminan bekalan makanan negara ini di tengah-tengah pelbagai cabaran seperti perubahan iklim.

Beberapa ladang sayur di sini sudah pun mengorak langkah itu, misalnya dengan menggunakan kaedah pertanian menegak iaitu secara bertingkat-tingkat.

Sejak beberapa tahun lalu Singapura mula menghasilkan sendiri lebih banyak bekalan makanan yang diperlukannya.

Walaupun begitu, seorang pakar berkata kekurangan ruang tanah dan sumber di sini terus menjadi hambatan untuk negara ini menghasilkan sebahagian besar keperluan makanannya di dalam negeri.

Sebagai salah satu huraiannya, Singapura mungkin boleh mengeksport kaedah pertanian teknologi tinggi yang dimilikinya ke negara-negara lain di rantau ini bagi menjamin bekalan yang diperlukannya. 

Sumber : CNA/UR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita