‘Langkah perlindungan secukupnya’ bagi ujian peguam, tegas SILE

Pejabat Peguam Negara. (Gambar fail)
SINGAPURA: Institut Singapura bagi Pendidikan Undang-Undang (SILE) mendedahkan bahawa ada "perlindungan yang mencukupi" bagi peperiksaan kelayakan untuk diterima menjadi peguam pada 2020, yang diadakan secara online di mana 11 peguam pelatih kemudian didapati menipu dalam peperiksaan tersebut.
Menjawab soalan Mediacorp pada Rabu (20 Apr), SILE "mengambil serius terhadap kes-kes menipu" dalam pemeriksaan Bahagian B pada 2020.
Pada Isnin, kemasukan enam peguam pelatih ke dalam kerjaya guaman ditangguhkan sekurang-kurangnya enam bulan selepas Peguam Negara membantah permohonan mereka untuk menjadi Peguam selepas mereka didapati menipu dalam peperiksaan tersebut.
LAPORAN BERKAITAN:
SILE menyatakan bahawa pihaknya sudah mengambil tindakan disiplin terhadap peguam pelatih mengikut peraturan SILE.
SILE juga mengenakan syarat kepada peguam pelatih untuk mendedahkan tindakan disiplin yan dikenakan ke atas mereka semasa prosiding kemasukan.
Ini untuk memastikan Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) boleh mempertimbangkan dengan betul sama ada mereka "layak untuk diterima sebagai peguam".
LawSoc pada Rabu menyatakan bahawa pihaknya akan "menyemak dengan teliti" permohonan daripada 11 peguam pelatih jika mereka membuat permohonan sekali lagi untuk menyertai kerjaya guaman.
LawSoc juga akan melihat kepada "langkah yang diambil" oleh mereka untuk menangani tingkah laku masa lalu.
SILE menambah bahawa mereka akan mengambil "pendekatan lebih menyeluruh" untuk menyemak dan dan menguruskan risiko serta cabaran yang wujud dalam menjalankan penilaian kepentingan tinggi seperti peperiksaan kelayakan untuk diterima menjadi peguam atau Bar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.