Langkah perlindungan diambil terhadap salah guna proses mahkamah: MinLaw
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Joe Raedle)
SINGAPURA: Terdapat langkah-langkah perlindungan yang diambil untuk melindungi daripada penyalahgunaan proses mahkamah dan langkah-langkah ini telah diperkukuhkan oleh pindaan perundangan baru-baru ini yang diluluskan oleh parlimen, menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw) pada Khamis (21 Nov).
Ia menyatakan demikian sebagai menjawab pertanyaan media mengenai kes yang melibatkan seorang penuntut dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan pengasas kumpulan antivaksin Iris Koh serta suaminya Raymond Ng.
Menegaskan bahawa pihaknya tidak dapat memberi komen mengenai kes tersebut "kerana ia kelihatan ada kaitan dengan prosiding undang-undang yang mungkin atau sedang berjalan", MinLaw menjelaskan pindaan kepada Akta Pentadbiran Keadilan (Perlindungan) (AOJPA) akan, antara lain, "menjelaskan secara nyata bahawa penyalahgunaan proses mahkamah akan dianggap sebagai penghinaan terhadap mahkamah".
Ini merangkumi tuntutan yang tidak berasas dan difailkan semata-mata untuk mengganggu dan menindas defendan bagi memaksa ke arah satu penyelesaian.
Pindaan tersebut diluluskan pada 13 November untuk menangani "perang undang-undang" oleh mereka yang menyalahgunakan proses mahkamah dengan memfailkan tuntutan tanpa asas dengan niat tersembunyi.
Ini termasuk memulakan tuntutan undang-undang untuk menuntut pampasan kewangan, walaupun mengetahui bahawa ia tidak berasas, untuk menindas defendan.
Semasa perbahasan mengenai pindaan tersebut, Menteri Negara Undang-Undang, Murali Pillai, berkata satu trend kes sebegini telah diperhatikan di Singapura dan negara lain, sambil menambah bahawa kesan penyalahgunaan proses yang teruk boleh menjadi sangat serius, dan boleh menjejas teruk kepercayaan terhadap sistem keadilan dari masa ke masa.
Oleh itu, beliau memberitahu parlimen bahawa adalah perlu untuk menjelaskan bahawa penyalahgunaan proses mahkamah sebegini akan dianggap sebagai penghinaan terhadap mahkamah.
MinLaw menyatakan ia maklum bahawa mungkin ada individu yang cuba menyalahgunakan sistem untuk tujuan sampingan.
Pihaknya menambah bahawa mahkamah dilengkapi dengan kuasa yang kukuh untuk menangani tuntutan yang tidak berasas atau penyalahgunaan proses. Ini termasuk membatalkan tuntutan tersebut dan menyekat pihak daripada memfailkan tuntutan seterusnya.
Pihak yang mengganggu atau menghalang pentadbiran keadilan juga boleh disiasat di bawah AOJPA, kata jurucakap kementerian itu.
MinLaw menjelaskan ia akan memantau perkembangan dan menilai sama ada perubahan lanjut terhadap undang-undang diperlukan.
KES YANG DIPERKATAKAN
Kes ini telah dibongkarkan dalam satu hantaran Facebook oleh Profesor Madya NUS Ben Leong, yang berkata pada hari Sabtu lalu bahawa beliau berdepan saman fitnah yang bakal diterima tidak lama lagi.
Walaupun beliau tidak menyebut pasangan tersebut dalam catatannya atau mendedahkan butiran mengenai kes tersebut, beliau mengesahkan – sebagai respons kepada pertanyaan Mediacorp – bahawa beliau telah menerima surat tuntutan daripada kedua-dua Cik Koh dan Encik Ng.
Cik Koh, pengasas kumpulan Healing the Divide yang diketahui menentang vaksinasi COVID-19, mendakwa dalam satu catatan TikTok bahawa beliau sedang menyaman Dr Leong atas satu komen Facebook yang dibuat pada November 2021.
Beliau mendakwa bahawa catatan Dr Leong itu menuduh kumpulan Healing the Divide sebagai "pertubuhan pengganas domestik".
Dalam satu catatan Facebook pada Rabu, Encik Ng berkata beliau sedang menyaman Profesor Madya Leong kerana memanggilnya "pengganas".
Kedua-duanya juga telah memuat naik di Facebook mengenai tindakan saman fitnah terhadap individu lain, termasuk mantan anggota parlimen yang dilantik Calvin Cheng.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.