Langkah perketat peraturan penting demi keselamatan negara: Gan Kim Yong
Anggaran Waktu Membaca:
Encik Gan Kim Yong di satu pertemuan dengan pemimpin perniagaan dan penggubal dasar pada 9 Nov 2023.
SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong berkata langkah mengetatkan undang-undang bagi sebilangan syarikat, yang dianggap penting buat keselamatan negara, adalah antara strategi Singapura untuk meningkatkan daya tahan ekonominya.
Undang-undang baharu itu menurutnya, diperlukan di tengah-tengah persekitaran ekonomi yang kompleks lagi berubah-ubah.
Encik Gan berkata demikian semasa satu pertemuan dengan pemimpin perniagaan dan penggubal dasar pada Khamis (9 Nov).
"Kita harus mengukuhkan alat-alat domestik negara untuk menghuraikan landskap operasi yang semakin rumit dan meningkatkan daya tahan ekonomi kita," tegas beliau.
"Mengenal pasti entiti-entiti yang penting buat ekonomi dan masyarakat, selain memastikan mereka terus beroperasi, akan memberi pelabur keyakinan bahawa kita membuat persediaan yang mencukupi dan berkesan."
Encik Gan percaya, langkah ini juga berupaya memastikan ekonomi Singapura terus beroperasi dengan baik.

Sumber : CNA/NY/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.