Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah pengurusan selamat COVID-19 dipertingkat di Little India jelang Deepavali

Langkah pengurusan selamat COVID-19 tambahan akan dilaksanakan di Little India dengan lebih ramai orang dijangka mengunjungi kawasan itu menjelang perayaan Deepavali, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Isnin (18 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah pengurusan selamat COVID-19 dipertingkat di Little India jelang Deepavali

(Gambar: Facebook/Little India Shopkeepers and Heritage Association)

Diterbitkan : 19 Oct 2021 04:44PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 04:45PM

SINGAPURA: Langkah pengurusan selamat COVID-19 tambahan akan dilaksanakan di Little India dengan lebih ramai orang dijangka mengunjungi kawasan itu menjelang perayaan Deepavali, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Isnin (18 Okt).

Langkah-langkah itu termasuk menutup lintasan pejalan kaki yang popular di simpang Campbell Lane dengan Serangoon Road antara pukul 6.00 petang dengan 1.00 pagi dari 29 Oktober hingga 31 Oktober.

Lintasan pejalan kaki itu juga akan ditutup dari pukul 6.00 petang pada malam Deepavali yang jatuh pada 3 November, hingga pukul 2.00 pagi pada hari Deepavali.

Orang ramai sebaliknya diarah untuk menggunakan dua lagi lintasan pejalan kaki di Sungei Road dan Dunlop Street.

"Ini bagi memastikan orang ramai tidak berkumpul di satu-satu kawasan sekali gus mengelakkan kesesakan pada waktu sibuk," menurut STB.

Little India merupakan pusat perayaan Deepavali di Singapura yang juga hab membeli-belah bagi orang ramai yang ingin mendapatkan keperluan perayaan, menurut STB.

Tambahnya ia bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan perniagaan di kawasan itu tidak meletakkan barangan jualan mereka sehingga ke laluan pejalan kaki, yang mungkin menyebabkan laluan itu menjadi sempit dan sesak.

Selain itu, sesetengah perniagaan akan melanjutkan waktu operasi supaya pengunjung boleh datang pada waktu-waktu kurang sibuk.

Penguatkuasaan langkah-langkah pengurusan selamat di kawasan itu dipertingkatkan menjelang musim perayaan, menurut STB.

PERSIAPAN PERAYAAN SEMAKIN RANCAK

Kemeriahan menjelang Deepavali di Little India bermula pada hujung September, dengan menampilkan pelbagai aktiviti secara online dan hibrid.

Satu ciri ikonik perayaan masyarakat Hindu itu adalah penyalaan lampu yang diadakan pada 25 September, menampilkan perhiasan yang "menggambarkan seni bina di India Selatan", menurut pihak penganjur.

Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan termasuk kelas memasak bagi mereka yang ingin mencuba beraneka manisan yang dihidangkan semasa Deepavali.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan