Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah Pengurusan Selamat COVID-19 diperkemas, mula dilaksanakan hari ini - apa yang dibenarkan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Mar 2022 08:34AM Dikemas Kini : 15 Mar 2022 10:03PM

SINGAPURA:Langkah Pengurusan Selamat COVID-19 yang diperkemas, mula dilaksanakan hari ini (15 Mac).

Ia sepatutnya bermula 25 Februari lalu tetapi ditangguhkan apabila jangkitan varian Omicron meningkat kepada sekitar 20,000 sehari.

Bagaimanapun keadaan penularannya sudah stabil.

Oleh itu mulai hari ini peraturan jarak selamat tidak diperlukan lagi di tempat-tempat orang ramai pakai pelitup.

Perjumpaan sosial masih dihadkan kepada lima orang.

Namun setiap rumah boleh menerima kunjungan kumpulan lima orang yang berbeza-beza dalam sehari. 

Had kapasiti bagi perjumpaan kecil ditarik balik tetapi dikekalkan pada 50 peratus bagi ruang yang boleh menampung lebih 1,000 orang.

Bagi kegiatan sukan pula, sehingga 30 orang yang sudah lengkap divaksin boleh menyertai acara berpasukan di tempat-tempat tertentu seperti kemudahan ActiveSG atau Persatuan Rakyat. 

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan