Langkah pembatasan Saudi berkesan; hanya 94 jemaah haji S'pura dijangkiti COVID-19: Masagos

Gambar: Nur Arina Ahmad Anis
SINGAPURA: Seramai 94 jemaah daripada keseluruhan 890 jemaah haji Singapura yang melakukan ibadah tersebut tahun ini dijangkiti COVID-19.
Kesemua mereka bagaimanapun pulih sepenuhnya sebelum berangkat pulang ke Singapura.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli berkata ini menunjukkan bahawa langkah-langkah pembatasan oleh Kementerian Haji Arab Saudi ke atas pelaksanaan ibadah haji tahun ini berkesan.
"Alhamdulillah tahun ini tidak ada satu pun jemaah yang meninggal di tanah Makkah dan kedua walaupun COVID-19 sedang menular di mana-mana tetapi 94 jemaah saja yang dijangkiti COVID-19 selama mereka berada di Makkah dan Madinah.

Beliau dan Ketua Eksekutif MUIS, Kadir Maideen berada di Lapangan Terbang Changi pada Sabtu (30 Jul) untuk menyambut kepulangan 132 jemaah haji yang merupakan kumpulan kedua terakhir untuk pulang ke tanahair.
Para jemaah itu tiba di Terminal 3 pada sekitar jam 7.50 malam dengan menaiki pesawat Saudia.
Mereka terdiri daripada 96 jemaah dari agensi TM Fouzy Travel & Tours dan 36 jemaah dari Shahidah Travel & Tours.

Encik Masagos meluahkan rasa gembira bahawa semua jemaah secara rela bersetuju melalui ujian tersebut sekembalinya mereka ke Singapura.

Kumpulan jemaah haji terakhir Singapura dijadualkan pulang ke tanah air pada Ahad, 31 Julai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.