Langkah patuhi piawai industri bantu 70% SME S'pura raih peluang luar negara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hampir 70 peratus syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapati langkah mematuhi piawai industri membantu mereka meraih peluang di luar negara.
Demikian hasil satu tinjauan Enterprise Singapore pada Mac lalu yang melibatkan 1,000 syarikat.
Pada masa akan datang, Singapura mempertimbangkan untuk mengadakan piawai dalam hubung bidang-bidang seperti kemampanan dan bot pelabuhan elektrik.
Cap mutu dikenalkan untuk menjaminkan sesuatu makanan itu segar.
Jurong Cold Store menggunakan piawai baru dalam pengurusan rantaian makanan bekunya sejak tahun lalu. Ia bertujuan memastikan suhu produk sejuk dan beku kekal stabil.
Syarikat itu menambah piawai berkenaan membantu Jurong Cold Store menembusi pasaran baru seperti Chile dan Norway.
Beberapa perubahan lain termasuk mengurangkan masa makanan diproses di luar ruang suhu beku dan pemeriksaan suhu secara automatik.
Dalam usaha membantu daya saing serta membina keupayaan perniagaan, Singapura menyemak dan menyiapkan lebih 110 piawai tahun lalu.
Agensi Enterprise Singapore juga mengadakan pengaturan pengiktirafan bersama berhubung kesinambungan perniagaan dan anti-rasuah yang mana sijilnya diterima luar negara.
Satu lagi bidang yang akan diusahakan berkaitan dengan langkah mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dalam industri penerbangan.
Memandang ke hadapan, antara bidang-bidang tumpuan utamanya termasuk keselamatan digital dan kemampanan.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.