Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah lindungi daya tenaga SG akan dikekalkan, kata Gan Kim Yong

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Oct 2022 09:13PM Dikemas Kini : 25 Oct 2022 09:14PM
SINGAPURA: Semasa berucap di Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura juga, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong mengumumkan bahawa Penguasa Pasaran Tenaga (EMA)akan mengekalkan langkah-langkah pengurusan krisis yang diperkenalkan pada lewat tahun lalu.

Ia demi menjaminkan keselamatan tenaga dan daya tahan bekalan gas asli Singapura.

Ia juga dilaksanakan dengan tujuan menguruskan keadaan pasaran yang kian berubah-ubah di tengah-tengah krisis tenaga di peringkat global.

Langkah-langkah krisis itu termasuk menggalak syarikat-syarikat penjanaan tenaga mengekalkan bahan bakar yang mencukupi untuk menjana kuasa.

Ini selain mewujudkan sebuah kemudahan bahan bakar untuk mengawal gangguan pada bekalan gas.

Untuk memastikan terdapat kuasa yang mencukupi dalam jangka panjang di bawah kapasiti pembinaan di peringkat negara, pemerintah juga akan memperkenalkan tender untuk pelaburan daripada syarikat-syarikat swasta dalam bidang penjanaan baru.

Lebih banyak perlindungan juga akan disediakan kepada para pengguna, dengan peraturan terhadap peruncit elektrik diperketatkan bagi memastikan agar mereka boleh dipercayai.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan