Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah-langkah untuk jamin bekalan tenaga S'pura dilanjutkan sehingga akhir Mac 2023 di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berlarutan

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Jun 2022 07:31PM Dikemas Kini : 16 Jun 2022 10:41PM

SINGAPURA: Langkah-langkah yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan keselamatan dan daya bingkas tenaga Singapura akan dilanjutkan sehingga akhir Mac tahun depan di tengah-tengah ketidaktentuan yang berlarutan dalam pasaran tenaga sejagat dan konflik di Ukraine. 

Demikian menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) pada Khamis (16 Jun). 

Langkah-langkah itu sebelum ini dilanjutkan sehingga 30 Jun. 

"Walaupun kami tidak dapat melindungi pengguna daripada harga-harga elektrik yang lebih tinggi, adalah penting bahawa ketidakstabilan sedunia tidak menjejas bekalan elektrik dan menjejas operasi pasaran tenaga kita," kata EMA. 

Dunia mengalami masalah tenaga sejak September lalu, dengan harga gas global melambung tinggi disebabkan permintaan tinggi dan bekalan gas yang rendah. 

Dengan peperangan Rusia-Ukraine dan  permintaan tenaga yang semakin meningkat pada bulan-bulan sejuk akan datang, pasaran tenaga dijangka kekal tidak menentu, menurut EMA, sambil menarik perhatian bahawa negara-negara di Asia dan Eropah sudah mula mendapatkan bekalan bahan api, termasuk gas, sebagai persediaan bagi musim sejuk nanti. 

Memandangkan Singapura bergantung kepada gas asli yang diimport untuk menjana sekitar 95 peratus tenaga elektriknya, ketidaktentuan dalam pasaran tenaga sejagat akan "menjejas pasaran domestik kita", menurut EMA. 

Harga bahan api yang lebih tinggi akan menaikkan harga tenaga elektrik domestik, tambahnya. 

"EMA akan terus memantau keadaan dan mempertimbangkan untuk melanjutkan langkah-langkah tersebut, jika perlu, bergantung pada situasi tenaga sejagat dan kesannya kepada Singapura," menurut EMA. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan