Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah kurangkan pengambilan gula harus dikenakan ke atas seluruh industri

Peraturan-peraturan yang disarankan bagi mengurangkan pengambilan gula di Singapura harus diperluaskan ke seluruh industri dan bukan setakat bagi minuman dalam paket dengan gula pemanis, kata sebahagian besar peserta semasa satu sesi perbincangan awam pada Sabtu (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah kurangkan pengambilan gula harus dikenakan ke atas seluruh industri

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 20 Jan 2019 09:47PM Dikemas Kini : 20 Jan 2019 09:50PM

SINGAPURA: Peraturan-peraturan yang disarankan bagi mengurangkan pengambilan gula di Singapura harus diperluaskan ke seluruh industri dan bukan setakat bagi minuman dalam paket dengan gula pemanis, kata sebahagian besar peserta semasa satu sesi perbincangan awam pada Sabtu (19 Jan).

Perbincangan itu adalah salah satu daripada 10 sesi seumpama itu yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) sejak ia menyarankan empat langkah bagi mengurangkan pengambilan gula.

Ini termasuk cukai dan larangan ke atas minuman dalam paket dengan kandungan gula lebih tinggi, mengetatkan peraturan berkaitan pengiklanan serta mewajbkan label zat pemakanan pada produk-produk tersebut.

Profesor Teo Yik Ying, Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, menarik perhatian pentingnya membantu warga Singapura membuat pilihan lebih sihat sedang usaha dipertingkat dalam memerangi penyakit kencing manis.

Profesor Teo adalah antara 50 peserta sesi dialog berkenaan, yang turut dihadiri orang awam serta para wakil dari industri-industri pengiklanan dan makanan dan minuman (F&B).

Salah satu keprihatinan yang dibangkitkan adalah kemampanan cukai yang disarankan terhadap minuman paket yang manis. Syarikat-syarikat minuman, terutamanya, menyatakan bahawa cukai sedemikian tidak boleh setakat disasarkan kepada sektor-sektor tertentu sahaja.

Timbalan CEO Pokka International Daniel Teo sebaliknya menyarankan agar Pemerintah memberi ganjaran kepada syarikat-syarikat yang menghasilkan produk lebih sihat kerana kos pengilangannya yang lebih tinggi.

Beliau menambah bahawa pelaksanaan cukai mungkin tidak dapat bertahan bagi tempoh jangka panjang kerana para pelanggan yang gemar minuman manis mungkin tidak akan mempedulikan kenaikan harga itu.

Idea bagi pelaksanaan cukai itu bertujuan untuk menggalak warga Singapura supaya mengubah gaya hidup mereka, kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Edwin Tong.

SEDIAKAN LEBIH BANYAK PILIHAN LEBIH SIHAT

Mengenai saranan melarang penjualan minuman paket yang mengandungi jumlah gula lebih tinggi - iaitu minuman yang mengandungi sekurang-kurangnya 5.5 sudu teh gula bagi setiap minuman 250 milimeter - pula, ramai peserta bersetuju bahawa ia adalah satu langkah bersifat 'draconian' atau tegas dan zalim.

Mereka sebaliknya menyarankan supaya pelbagai pilihan yang lebih sihat ditawarkan dan bukan mengehadkan pilihan minuman kurang sihat.

Secara purata, rakyat Singapura mengambil lebih 1,500 sudu teh gula daripada minuman paket yang bergula setiap tahun.

Langkah mewajibkan label zakat pemakanan menerima lebih banyak sokongan. MOH menyarankan langkah berkenaan bagi membantu para pembeli membuat pilihan yang lebih baik.

MOH sudahpun mendampingi sekitar 3,000 orang secara online dan menerusi sesi-sesi dialog sejak perbincangan awam mula diadakan pada Disember lalu. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan