Langkah keselamatan bank, telko di bawah rangka kerja tanggungjawab bersama bakal kurangkan risiko penipuan pancingan data: MAS
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: CNA/Jeremy Long
SINGAPURA: Pelaksanaan penuh kewajipan terhadap antipenipuan yang dikenakan terhadap institusi-institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi (telko), di bawah rangka kerja tanggungjawab bersama yang baru diusulkan, seharusnya "mengurangkan secara besar", risiko besar penipuan pancingan data.
Demikian menurut Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan pada Selasa (7 Nov).
Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah mengeluarkan kertas rundingan yang dinanti-nantikan pada bulan lalu.
Ia menyarankan supaya institusi kewangan dan telko yang cuai, bertanggungjawab ke atas kerugian penipuan pancingan data, terlebih dulu daripada mangsa.
Kertas tersebut membentangkan senarai "tugas yang berasingan dan jelas" bagi syarikat-syarikat tersebut, bertanggungjawab untuk menampung kerugian tersebut sekiranya gagal melaksanakan tanggungjawab mereka.
Ia termasuk kegagalan bank untuk menghantar makluman transaksi kepada pelanggan dan syarikat telekomunikasi yang gagal melaksanakan penapisan penipuan untuk SMS.
Rangka kerja itu diharapkan dapat mengukuhkan "kebertanggungjawaban langsung" oleh institusi kewangan dan telko kepada pelanggan mereka.
"Di samping mempertanggungjawabkan mereka atas kerugian daripada penipuan, apa yang penting adalah pelaksanaan penuh oleh institusi-institusi kewangan dan syarikat-syarikat telekomunikasi telko terhadap langkah keselamatan masing-masing, seharusnya mengurangkan secara besar risiko besar penipuan pancingan data pada ketika ini," kata Encik Tan, yang merupakan seorang anggota lembaga MAS.
MAS menganggarkan sekitar 15,000 penipuan pancingan data berlaku antara 2021 dengan pertengahan 2023. Purata kerugian yang dialami pula kira-kira S$3,900.
Jumlah kes penipuan sedemikian terus meningkat pada separuh pertama 2023, berbanding tahun lalu. Ia bagaimanapun membentuk sebahagian kecil daripada jumlah kes penipuan secara keseluruhannya - turun daripada 17 peratus kepada 13 peratus.
Secara purata jumlah kerugian bagi setiap penipuan pancingan data juga merosot sebanyak 20 peratus dalam tempoh yang sama.
Di bawah rangka kerja yang disarankan itu, tanggungjawab bagi kerugian akibat penipuan dinilai berdasarkan pendekatan di mana bank menjadi yang pertama menanggung tanggungjawab penuh. Ini diikuti telko, berdasarkan peranan pentingnya dalam mencegah penipuan.
Jika kedua-dua bank dan telko telah menjalankan tugas masing-masing, pelanggan sebaliknya perlu menanggung kerugian penuh.
Sebagai permulaan, rangka kerja yang disarankan itu memberi tumpuan kepada penipuan pancingan data yang berlaku secara digital. Ini bermakna penipuan lain, seperti kes penipuan pelaburan dan cinta, di mana mangsa di internet di mana mangsa membenarkan pembayaran kepada penipu dan penipuan perisian hasad dikecualikan.
Encik Tan menarik perhatian bahawa perlu dibezakan antara transaksi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. Menyertakan transaksi yang dibenarkan di bawah rangka kerja yang diusulkan itu bernakmna memperluaskannya kepada "semua bentuk penipuan di mana mangsa diperdaya untuk menyerahkan wang mereka secara rela", katanya kepada Parlimen.
Maka itu, pendekatan yang terbaik dalam menangani penipuan tersebut termasuk transaksi yang dibenarkan adalah bagi pelanggan untuk "bersikap berhati-hati dan mengambil tanggungjawab peribadi", jelas Encik Tan. Beliau malah, menarik perhatian bahawa pihak berkuasa telah meningkatkan usaha pendidikan awam termasuk sering mengeluarkan makluman awam.
Singapura merupakan negara pertama untuk mempertimbangkan "pendekatan ekosistem", dengan melibatkan telko dalam rangka kerja pembayaran balik untuk penipuan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.