Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Langkah kawalan orang ramai perlu di Orchard Road semasa perayaan, keselamatan awam tidak boleh diambil mudah: SPF

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah kawalan orang ramai perlu di Orchard Road semasa perayaan, keselamatan awam tidak boleh diambil mudah: SPF

(Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF))

SINGAPURA: Kejadian rempuhan yang meragut nyawa lebih 150 orang di daerah Itaewon di Seoul adalah satu peringatan isu keselamatan awam tidak boleh diambil mudah, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (19 Nov).

Dalam satu kenyataan mengenai sekatan kegiatan persembahan jalanan di Orchard Road semasa tempoh perayaan akhir tahun, SPF menjelaskan sebab langkah kawalan orang ramai diperlukan.

"Ketika menarik balik langkah pengurusan selamat COVID-19 dan membenarkan perjalanan disambung semula, perhimpunan besar-besaran sudah dijangkakan," menurut PSF.

Langkah kawalan orang ramai tahun ini termasuk mengerahkan pegawai polis dan langkah mengatur aliran orang ramai seperti meletakkan penghadang serta menghantar notifikasi awam untuk memaklumkan orang awam apabila beberapa kawasan ditutup untuk elak daripada kesesakan.

SPF juga menyarankan kepada Majlis Seni Kebangsaan (NAC) untuk membataskan kegiatan persembahan jalanan di beberapa kawasan apabila jumlah pengunjung capai jumlah yang tinggi.

Kedua-dua badan itu juga harus melibatkan pihak-pihak berkepentingan yang terjejas.
SPF turut menyertakan beberapa gambar dalam kenyataannya pada Sabtu yang menunjukkan orang ramai berkumpul di sekitar penghibur jalanan di laluan pejalan kaki di luar Ngee Ann City pada 2019.
Gambar: Pasukan Polis Singapura (SPF)
"Kehadiran penghibur jalanan dan penjual aiskrim (pada bulan-bulan Disember sebelum COVID-19) menyebabkan pejalan kaki berhenti dan berkerumun di kawasan berkenaan. Ia akan mengurangkan lagi ruang yang boleh dilalui dan seterusnya menghalang aliran orang ramai," menurut SPF.

Persatuan Perniagaan Orchard Road (ORBA) mengadakan semula acara Great Christmas Village tahun ini dengan pelbagai gerai tepi jalan dan astaka diletakkan di sepanjang laluan pejalan kaki dari Orchard Ion hingga ke Mandarin Gallery pada Disember.

Ia akan mengurangkan ruang bagi pejalan kaki dan menjejas laluan orang ramai, lantas pelaksanaan langkah kawalan orang ramai adalah "kritikal".

Ia terutamanya sekiranya berlaku kecemasan termasuk insiden yang boleh mencetuskan orang ramai panik, sama ada yang disengajakan atau sebaliknya, rempuhan orang ramai dan apabila mereka mungkin perlu dibawa keluar, menurut SPF.

"Tragedi di Itaewon Korea adalah peringatan bahawa keselamatan awam tidak boleh ambil mudah," tambah SPF.

"Langkah kawalan orang ramai harus dilaksanakan. Keselamatan awam tidak boleh diambil mudah dan kami harapkan pemahaman dan kerjasama semua pihak berkepentingan yang mengambil bahagian atau terlibat dalam penganjuran perayaan akhir tahun."
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan