Skip to main content

Singapura

Langkah gantung pesawat Boeing 737 MAX dijangka jejas jadual penerbangan SilkAir

Langkah menggantung enam pesawat Boeing 737 MAX buat sementara hari ini (12 Mac) akan menjejas jadual penerbangan, menurut syarikat penerbangan SilkAir.

Anggaran Waktu Membaca:
Langkah gantung pesawat Boeing 737 MAX dijangka jejas jadual penerbangan SilkAir

Pesawat Boeing 737 MAX 8 SilkAir. (Gambar: Singapore Airlines)

Diterbitkan : 12 Mar 2019 02:26PM Dikemas Kini : 12 Mar 2019 02:28PM

SINGAPURA: Langkah menggantung enam pesawat Boeing 737 MAX buat sementara hari ini (12 Mac) akan menjejas jadual penerbangan, menurut syarikat penerbangan SilkAir.

SilkAir mengumumkan demikian selepas pengawal selia penerbangan Singapura mengarahkan semua pesawat Boeing 737 MAX digantung buat sementara menyusuli keprihatinan keselamatan yang dibangkitkan akibat nahas pesawat Ethiopian Airlines pada Ahad (10 Mac).

Nahas itu melibatkan pesawat Boeing 737 MAX 8, mengorbankan 157 penumpang dan anak kapal.

"Setakat pagi tadi (12 Mac), semua enam pesawat sudahpun digantung buat sementara di Singapura dan ia tidak akan digunakan untuk operasi sehingga diberitahu kelak," menurut SilkAir menerusi catatan Facebooknya. "Semua 17 pesawat Boeing 737-800NG tidak terjejas."

"Langkah menarik balik pesawat 737 MAX 8 akan menjejas sesetengah jadual penerbangan SilkAir," menurut syarikat penerbangan itu lagi.

"Para penumpang yang terjejas akibat gangguan penerbangan itu akan dihubungi bagi menukar penerbangan."

SilkAir menyatakan ia "sedang berurusan" dengan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Changi Airport Group bagi menangani kesan gangguan penerbangan itu.

Syarikat penerbangan tersebut menyatakan bahawa ia akan memberikan perkembangan terkini mengenai penerbangan-penerbangan yang terjejas "apabila ia sudah dimuktamadkan".

Tempoh penggantungan oleh CAAS akan berkuat kuasa mulai 2.00 petang hari ini (12 Mac).  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita