Langkah bekukan tambang pada masa depan ada kesannya: Kementerian Pengangkutan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang ramai tidak harus menganggap bahawa kenaikan tambang pengangkutan awam yang ditangguhkan "dapat dihapuskan atau hilang secara tiba-tiba", atau berfikir bahawa kenaikan tambang pada masa depan "boleh dibekukan tanpa sebarang kesan ke atas sistem pengangkutan awam kita".
Demikian menurut pemangku Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat pada Selasa (3 Okt).
Encik Chee berkata demikian sebagai menjawab soalan yang dikemukakan para Anggota Parlimen (AP) mengenai sama ada Majlis Pengangkutan Awam (PTC) akan menangguhkan kenaikan tambang pada masa depan, berikutan kenaikan tambang bas dan kereta api baru-baru ini yang akan menyaksikan penumpang dewasa membayar tambahan 10 hingga 11 sen bagi setiap perjalanan, bermula 23 Disember.

Dalam pengumuman kenaikan tambang pada bulan lalu, PTC menyatakan bahawa kenaikan tujuh peratus tahun ini hanyalah sebahagian daripada kuantum penyesuaian tambang maksimum yang dibenarkan iaitu sebanyak 22.6 peratus. Ini terdiri daripada kenaikan 10.6 peratus, yang sepatutnya dinaikkan tahun lalu, dan 12 peratus tahun ini.
Kenaikan tujuh peratus tersebut bermakna baki 15.6 peratus akan ditangguhkan ke sesi semakan tambang akan datang.
AP Louis Chua (WP-Sengkang) kemudian bertanya sama ada PTC merancang untuk menghapuskan kenaikan tambang 15.6 peratus yang ditangguhkan itu.
Dalam sidang parlimen yang seterusnya, AP Don Wee (PAP-Chua Chu Kang) memfailkan soalan mengenai sama ada PTC boleh "menangguhkan" kenaikan tambang pada masa depan, memandangkan pengendali pengangkutan awam sudah meraih keuntungan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
"Membuat keputusan bersifat populis sedemikian akan meluaskan jurang pembiayaan dari masa ke semasa, yang harus dibantu oleh subsidi lebih tinggi oleh pemerintah dan yang dibiayai pembayar cukai. Ia bukan satu langkah yang bertanggungjawab," kata Encik Chee di parlimen.
"Kita harus jelas bahawa subsidi pemerintah pada dasarnya ditanggung oleh pembayar cukai pada hari ini dan generasi masa depan."
Untuk membiayai kuantum penyesuaian tambang yang ditangguhkan tahun ini, pemerintah akan menyediakan subsidi tambahan bernilai S$300 juta, iaitu lebih S$100 juta berbanding tahun lalu. Jumlah itu adalah tambahan kepada subsidi tahunan S$2 bilion untuk membiayai perkhidmatan bas dan kereta api, tambahnya.
Kos prasarana pengangkutan awam juga dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah.
TAMBANG DITANGGUHKAN, BEKU KENAIKAN TAMBANG MASA DEPAN
Encik Chee memberitahu dewan pada Selasa (3 Okt) bahawa cadangan Encik Chua dan Encik Wee tidak "sesuai", kerana cadangan tersebut akan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap kebolehpercayaan dan kemampanan kewangan sistem pengangkutan awam, "sehingga merugikan Singapura dan rakyatnya".

Encik Chee juga menarik perhatian bahawa perkhidmatan bas dan kereta api tidak beroperasi dengan keberuntungan tinggi.
Perkhidmatan bas secara keseluruhan mengalami kerugian, "dan itulah sebab pemerintah harus memberi subsidi kira-kira S$1 bilion bagi bas setiap tahun," katanya.
"Menghapuskan penangguhan tambang atau membekukan kenaikan tambang pada masa depan akan menyebabkan kerugian besar dan lebih banyak subsidi pemerintah."
Untuk perkhidmatan kereta api pula, selepas mengambil kira geran pemerintah pada tahun kewangan sebelum ini, SBS Transit melaporkan kerugian beberapa juta dolar bagi pengendalian kereta api. Sementera SMRT Trains melaporkan keuntungan S$6 juta, iaitu margin keuntungan kurang satu peratus, tambah Encik Chee.
MEMASTIKAN TAMBANG BOLEH DIMAMPUI
Encik Chee menarik perhatian bahawa PTC dan pemerintah "sedar" tentang bagaimana kenaikan tambang menjejas para penumpang dari aspek berbeza-beza.
Pada September, PTC mengumumkan kenaikan lebih kecil kepada tambang kad konsesi pelajar, warga emas, pekerja berpendapatan rendah dan golongan kurang upaya.
Tambang dalam kategori itu akan naik empat hingga lima sen setiap perjalanan, berdasarkan jarak perjalanan. Tambang tunai konsesi bagi bas akan naik 10 sen.
Penumpang pengguna kad konsesi yang kerap menaiki pengangkutan awam seperti pelajar, warga emas, dan
anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), akan menyaksikan harga pas konsesi bulanan hibrid berkurangan sehingga 10 sen.
Harga pas konsesi bulanan untuk golongan kurang upaya akan diturunkan dari S$64 kepada S$58 dan begitu juga untuk warga emas. Pekerja berpendapatan rendah juga boleh menggunakan pas konsesi hibrid bulanan daya kerja pada harga S$9.50 setiap bulan.
"PTC akan terus memastikan penyesuaian yang dibuat pada tambang setiap tahun boleh dimampui. Dalam setiap semakan tambang yang dilakukan pada masa depan, PTC akan menilai kenaikan kos seperti yang dicerminkan oleh formula tambang, jumlah tambang yang ditangguhkan dari beberapa tahun sebelum itu, serta kesan ke atas kemampuan penumpang, sebelum memutuskan untuk menaikkan tambang pada tahun tersebut," kata Encik Chee.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.