Langkah antipenipuan baharu Citibank sekat akses pengguna kepada aplikasi jika tetapan kebenaran berisiko dikesan
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin emel yang dikirimkan kepada para pengguna Citi Mobile App mengenai sebuah ciri antipenipuan baharu.
SINGAPURA: Satu ciri antipenipuan baharu di aplikasi telefon Citibank akan menyekat akses para pengguna sekiranya ia mengesan tetapan kebenaran yang berisiko pada aplikasi lain.
Dalam satu emel yang dikirimkan kepada para pengguna Citi Mobile App pada Jumaat (15 Sep), Citibank menyatakan bahawa kemas kini keselamatan itu adalah sebahagian daripada usaha yang berterusan dalam menyediakan sekitaran perbankan yang selamat dan terjamin.
Citi menarik perhatian bahawa langkah tersebut yang bertujuan melindungi data perbankan online penggunanya, akan menyekat akses aplikasi perbankan itu jika ia mengesan "sebarang aplikasi atau alat dengan tetapan kebenaran berisiko yang cuba mendapatkan akses ke dalam Citi Mobile® App".
Sebuah skrin ralat akan kelihatan apabila pengguna cuba untuk mengakses aplikasi itu.
Ia menambah: "Untuk anda terus mengakses Citi Mobile® App, anda perlu menyahaktifkan keupayaan sebarang tetapan kebenaran yang berisiko pada aplikasi/alat lain."
Ini termasuk menghentikan perkongsian skrin atau penyiaran pada aplikasi atau alat lain, menurut Citi.
"Sejurus selepas anda menyahaktifkan keupayaan tetapan kebenaran berisiko sedemikian, akses anda kepada Citi Mobile® App tidak lagi akan disekat dan anda boleh teruskan menggunakan Citi Mobile® App."
Ia menyatakan bahawa penipu sedang menggunakan taktik yang kian canggih untuk memperdaya pengguna agar memasang aplikasi yang berniat jahat pada peranti mereka.
"Apabila sebuah aplikasi berniat jahat sudah dipasang, penipu boleh mengakses peranti anda dari jauh dan mencuri maklumat sensitif, termasuk data peribadi dan butiran perbankan bagi melaksanakan urus niaga wang yang palsu."
Mediacorp sudahpun menghubungi Citi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.