Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Landskap perumahan pekerja asing umumnya alami peningkatan

Terdapat peningkatan menyeluruh dalam soal perumahan pekerja asing. Ini tergambar menerusi pengurangan jumlah pesalah undang-undang berkaitan perumahan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (5 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Sep 2018 07:57PM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 10:19PM

SINGAPURA: Terdapat peningkatan menyeluruh dalam soal perumahan pekerja asing. Ini tergambar menerusi pengurangan jumlah pesalah undang-undang berkaitan perumahan, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (5 Sep).

Terdapat 1,451 kes pada tahun 2015. Ia kemudian merosot kepada 1,316 pada 2016 dan terus berkurangan kepada 1,176 kes pada 2017, menurut MOM dalam kenyataan media.

Di samping itu, piawai pengawalseliaan sudah ditingkatkan dalam tempoh tiga tahun yang lalu dan MOM bersikap proaktif dalam menjalankan pemeriksaan. Lebih 4,600 pemeriksaan sudah dijalankan bagi semua jenis perumahan ketika tempoh ini. MOM juga sudah bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk memperkukuh penguatkuasaan piawai dan syarat-syarat.

Semasa satu lawatan ke sebuah asrama di Tuas, Menteri Negara Tenaga Manusia, Zaqy Mohamad berkata masih terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan.

Berhubung subjek untuk mengenal pasti inidividu yang menyalahi undang-undang di estet privet, Encik Zaqy menjelaskan bahawa MOM sudah meneroka penggunaan analisis data.

Model ramalan boleh digunakan untuk mengenal pasti para individu yang menempatkan para pekerja yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan, terutamanya di unit kedai rumah, tempat di mana kesalahan membabitkan perumahan kerap berlaku. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan