Skip to main content

Singapura

Landskap pelaburan sudah berubah, SG perlu tempuhi realiti baharu: Teo Chee Hean

Anggaran Waktu Membaca:
Landskap pelaburan sudah berubah, SG perlu tempuhi realiti baharu: Teo Chee Hean

(Gambar: Temasek)

Diterbitkan : 03 Jun 2026 07:38PM Dikemas Kini : 03 Jun 2026 07:40PM
SINGAPURA: Syarikat pelaburan negara, Temasek menyatakan bahawa geopolitik semakin memainkan peranan penting dalam keputusan-keputusan pelaburan.

Demikian menurut Pengerusi Temasek Teo Chee Hean, yang bercakap kepada media, setelah lapan bulan memimpin pertubuhan itu.

Beliau menggariskan bagaimana Temasek menyesuaikan strategi pelaburannya dengan dunia yang semakin tidak menentu.

Encik Teo berkata pelaburan bukan lagi sesuatu yang jelas dan mudah.

Persekitaran global yang lebih bergolak, konflik geopolitik dan ketidaktentuan ekonomi kini menjadikan pelaburan jauh lebih mencabar sekarang.

Lantaran itu, memahami gambaran lebih besar semakin menjadi lebih penting bagi para pelabur.

Encik Teo berkongsi bahawa kesan Perang Timur Tengah akan berlarutan, walaupun selepas pertempuran berakhir dan Selat Hormuz dibuka semula.

Harga tenaga lebih tinggi boleh mendorong peningkatan kos makanan dan menambah tekanan kepada ekonomi global.

Namun masih terdapat peluang.

Sebab itulah kata beliau, Temasek sedang menimbangkan rancangan menubuhkan sebuah pejabat di rantau itu, untuk menyokong firma-firma di dalam portfolionya serta memperdalam pelaburan bersama.

AI, Ubat-Ubatan & Kemampanan Antara Bidang Tumpuan

Encik Teo menambah, fokus Temasek tertumpu kepada syarikat-syarikat yang memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk mencipta nilai dan bersaing dengan pemain lain dalam pasaran.

Satu lagi sektor yang berkembang pesat ialah pengeluaran ubat-ubatan, terutama yang didorong oleh AI.

Beliau juga berkata adalah wajar untuk melabur dalam pilihan yang lebih hijau.

Selain faktor kemampanan, ia menawarkan daya tahan lebih tinggi, dan pulangan yang baik dalam jangka panjang.
 
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita