Lampu Ramadan: Inisiatif McDonald’s galak kongsi meja ketika berbuka puasa
Apabila berbuka puasa di luar, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan adalah di mana lokasinya dan sama ada terdapat tempat duduk yang mencukupi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Apabila berbuka puasa di luar, salah satu perkara yang menjadi pertimbangan adalah di mana lokasinya dan sama ada terdapat tempat duduk yang mencukupi. Dalam suasana restoran yang sering sesak menjelang waktu maghrib, tempat duduk boleh menjadi “rebutan” - lebih-lebih lagi apabila keluarga dan rakan memilih untuk berkumpul berbuka puasa bersama.
Bertepatan dengan semangat Ramadan yang menekankan ihsan dan kebersamaan, McDonald’s Singapura tampil dengan satu inisiatif mudah tetapi jelas mesejnya: menjadikan tempat duduk kosong sebagai satu “pelawaan terbuka”.
Jika anda ke restoran McDonalds dalam bulan Ramadan ini, pasti akan melihat lampu berwarna hijau di atas meja.
Pada setiap lampu, tertera: "Satu tindakan kecil boleh membawa erti yang besar. Nyalakan lampu ini untuk berkongsi meja dengan seseorang yang ingin berbuka puasa."
Pelanggan hanya perlu menekan butang kecil pada lampu tersebut untuk menghidupkan cahayanya. Ini akan memberi isyarat kepada sesiapa yang sedang tercari-cari tempat duduk bahawa mereka dipersilakan duduk semeja.

Idea “isyarat cahaya” ini selari dengan naratif video kempen yang menekankan bahawa waktu berbuka adalah saat paling dinanti kerana ia mengumpulkan orang ramai untuk sesuatu yang bermakna, namun realitinya, bukan semua orang mudah mendapatkan tempat duduk.
Justeru, tindakan sekecil berkongsi ruang di meja boleh membantu orang lain yang sedang mencari tempat untuk berbuka, di samping mewujudkan detik kebersamaan dengan insan yang tidak dikenali.
Dalam maklum balas kepada pertanyaan media, seorang jurucakap McDonald’s memaklumkan inisiatif itu dilancarkan di McDonald's seluruh negara sejak 19 Februari, kecuali cawangan di stesen minyak dan Politeknik Temasek.
Kempen ini dijalankan sepanjang Ramadan dengan tujuan memupuk persefahaman silang budaya.

Sumber : Sumber Web/NK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.