Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lampu isyarat ini bantu golongan kurang daya penglihatan menyeberang jalan raya

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lampu-lampu isyarat tidak lama lagi boleh kedengaran sepanjang masa di 10 bandar di Singapura menjelang 2025.

Ia akan membantu golongan kurang upaya terutama mereka yang kurang penglihatan, di lebih 300 tempat menyeberang jalan.

Daya usaha tersebut akan diperkenalkan di Tampines dan Bedok mulai Jun depan.

Ia kemudian akan diluaskan di lapan lagi bandar termasuk Sengkang dan Yishun.

Bandar-bandar itu dipilih kerana jumlah penduduk kurang penglihatan yang lebih tinggi.

Penilaian akan dibuat sebelum memutuskan sama ada akan meluaskannya ke bandar-bandar lain.

Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua berkata perlaksanaannya adalah secara bertahap-tahap.

Encik Chua berkata demikian semasa satu acara perbincangan Hala Tuju Singapura melibatkan 150 peserta kurang upaya.

Turut dibincangkan isu pekerjaan dan hidup berdikari.

Sumber : CNA/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan