Lambai bagi lampu hijau: LTA uji cuba 'butang tanpa sentuh' di 4 tempat lintas jalan
Pejalan kaki di empat tempat melintas jalan hanya perlu melambai sahaja untuk mengaktifkan lampu hijau berbanding menekan butang sekarang ini.

Petikan skrin "butang tanpa sentuh" baru yang dilancarkan bulan ini. (Gambar: Facebook/LTA)
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Ahad (3 Jul) menyatakan pihaknya sedang menguji cuba "butang-butang tanpa sentuh" di empat lokasi merata negara selama enam bulan.
Butang-butang baru itu akan dipasang secara bertahap-tahap bulan ini di Jalan Besar berhampiran Syed Alwi Road, Tampines Street 86 dekat Blok 879A, Bukit Batok Street 32 di Sekolah Rendah St Anthony's dan Yishun Street 21 berhampiran Blok 219.
Dengan mengurangkan sentuhan fizikal di tempat lintas jalan itu akan "mengurangkan masalah prasarana kami menjadi haus dan lusuh", menurut LTA dalam catatannya di Facebook yang termasuk video sepanjang 12 saat menunjukkan cara alat pengesan itu berfungsi. Butang-butang baru itu tidak mengubah masa menunggu atau untuk menyeberang jalan, jelas LTA.
Ia juga meminta orang ramai supaya memberi maklum balas mereka mengenai butang-butang itu, dan sama ada ia boleh berfungsi "sebaik butang biasa atau lebih baik lagi".
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.