Laman e-dagang Cina, Taobao, kini punya 'interface' Inggeris buat pengguna di SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelanggan Taobao di Singapura yang tidak faham Bahasa Mandarin, tidak lagi perlu menggunakan Google Translate.
Ini kerana laman e-dangang Cina itu kini turut tersedia dalam Bahasa Inggeris!
Untuk menggunakan ciri terbaharu tersebut, pengguna boleh menetapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama lalu berbelanja sepuas hati.
Dengan antara muka (interface) baharu, pelanggan Taobao yang lazimnya lebih selesa dalam Bahasa Inggeris boleh dengan mudah menggunakan platform berkenaan untuk melihat pelbagai barangan yang ditawarkan sebelum membuat sebarang pembelian.
Antara muka itu juga membolehkan pengguna mengetahui harga barangan yang mahu dibeli dalam mata wang Singapura, selain membaca penerangan produk dalam Bahasa Inggeris yang tersedia dengan adanya penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Menurut Taobao, antara muka Inggeris sedia ada menampilkan produk-produk 'trending' pilihan platform. Namun, pada akhirnya, pelanggan boleh melihat lebih banyak tawaran di bawah pelbagai kategori, serupa dengan apa yang ditawarkan pada antara muka Cina.
Menerusi satu kenyataan, ketua Taobao Singapura, Jean Zhao, berkata: "Kami teruja dapat memperkenalkan antara muka Inggeris aplikasi kami untuk memperkenalkan Taobao kepada lebih ramai pelanggan di Singapura. Pelancaran tersebut adalah respons terhadap permintaan dalam pasaran, bukti komitmen kami untuk mempertingkat kemudahan dan akses bagi pengguna kami.
"Memandangkan ini satu insiatif besar untuk memenuhi keperluan pengguna yang selesa dalam Bahasa Inggeris, kami akan dengan tekun memantau maklum balas pengguna, di samping terus-menerus memperhalusi antara muka aplikasi untuk mempertingkat pengalaman pengguna berdasarkan pemerhatian pelanggan."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.