Laman carian mesra pengguna bagi soal jawab parlimen curi perhatian ramai
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin daripada Telescope
SINGAPURA: Satu laman baharu yang membolehkan para pengguna untuk mencari pertanyaan parlimen yang dibangkitkan Anggota Parlimen (AP) sejak 12 tahun lalu, mencuri perhatian warganet di media sosial.
Laman tersebut, yang dipanggil Telescope, dikongsi dalam satu forum Reddit pada Isnin (20 Mei) malam.
Ia membolehkan para pengguna untuk "mencari semua pertanyaan parlimen yang pernah dikemukakan dan dijawab AP kami," jelas pengguna Reddit "confused_fresh", yang mendakwa dirinya sebagai sosok di sebalik laman tersebut.
Pengguna terbabit menambah "sebilangan kami bosan pada satu hari dan memutuskan untuk membuat sesuatu yang menyeronokkan".
Menurut siri soalan-soalan yang sering diajukan yang didedahkan laman tersebut, pencipta-pencipta laman itu berkata bahawa mereka menyedari bahawa mereka "tidak tahu apa yang ditanyakan atau dibincangkan oleh AP kami di Parlimen".
"Kami bertiga tinggal di Aljunied, tetapi tiada seorang pun daripada kami yang boleh memberitahu anda apa isu yang paling dititikberatkan oleh Pritam (Singh) atau Sylvia (Lim), dan begitu juga bagi kebanyakan AP. "
Mereka juga menyentuh mengenai kesukaran dalam meninjau Hansard, laman yang mengandungi rekod bertulis penuh prosiding parlimen.
"Kami tidak merasakan (Hansard) sangat mudah untuk mencari atau membaca. Ia juga tidak mengetengahkan apa yang paling kami minati - soalan yang ditanya dan jawapan yang diberikan! Oleh itu (terhasillah) Telescope," nyata laman tersebut.
Di Reddit, pengguna confused_fresh sempat berseloroh dengan mengatakan: "Sekarang anda boleh ... mengesahkan jika AP kegemaran anda sebenarnya melakukan kerja atau sekadar menggoyang kaki saja."
Mediacorp sudahpun menghubungi pengguna confused_fresh pada Selasa (21 Mei) untuk mendapatkan maklumat lanjut, tetapi akaunnya telah digantung.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.