Lam Pin Min jangka saingan lebih sengit dari parti pembangkang di GRC Sengkang
Anggota Parlimen Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Sengkang West Lam Pin Min berkata pada Jumaat (13 Mac) bahawa beliau menjangkakan saingan lebih sengit dari parti-parti pembangkang di GRC Sengkang yang baru dibentuk.
SINGAPURA: Anggota Parlimen Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Sengkang West Lam Pin Min berkata pada Jumaat (13 Mac) bahawa beliau menjangkakan saingan lebih sengit dari parti-parti pembangkang di GRC Sengkang yang baru dibentuk.
Pembentukan GRC baru itu diumumkan oleh Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi Pilihan Raya pada Jumaat.
Sengkang West merupakan SMC bagi dua pilihan raya sejak 2011, tetapi akan diserap ke dalam GRC Sengkang pada Pilihan Raya akan datang yang mesti diadakan selewat-lewatnya pada April 2021.
GRC empat anggota itu termasuk daerah mengundi di Pasir Ris-Punggol serta menyerap SMC Punggol East, yang kini diterajui oleh AP Charles Chong. GRC Sengkang meliputi Rivervale, Compassvale dan Archorvale.
"Sesiapa saja pasukan pembangkang itu, kami akan melakukan yang terbaik dan membarkan rakyat Singapura membuat keputusan berdasarkan rekod perkhidmatan kepada rakyat kami," kata Dr Lam sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp.
"Bagaimanapun, dengan latar belakang pandemik COVID-19 dan situasi ekonomi global yang semakin teruk, cabaran terbesar kami adalah keselamatan, kesejahteraan dan kehidupan rakyat Singapura."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.