Laluan Utara-Selatan, Timur-Barat selesai jalani kerja naik taraf
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Program menaik taraf dan pembaharuan kepada enam sistem teras bagi Laluan MRT Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL) telah selesai dijalankan pada Rabu (25 Okt).
Enam bidang teras itu ialah penyokong landasan atau 'sleeper', landasan ketiga, sistem isyarat, litar landasan, sistem kuasa dan kereta api.
Program itu dimulakan pada 2012 dan disiapkan secara bertahap-tahap.
Tiga daripada enam sistem teras itu iaitu penyokong landasan, landasan ketiga dan sistem isyarat - telah digantikan sebelum 2020, lantas kerja-kerja pembaharuan kemudian tertumpu kepada baki sistem teras lain.
Satu ciri utama kerja naik taraf itu membolehkan keadaan dipantau dan kerosakan ditangani sebelum ia terjadi", menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
Ini membolehkan gangguan perkhidmatan ditangani dengan lebih pantas sebelum ia menyebabkan kegenjotan sistem lebih meluas.
PEMBAHARUAN PADA SISTEM LITAR LANDASAN
LTA pada Rabu menyatakan kerja-kerja pembaharuan pada sistem litar landasan akan meningkatkan keandalan sistem MRT. Ia juga boleh membantu mengesan "rel rosak yang perlu diperbaiki", sekali gus mengurangkan risiko gangguan serta membolehkan penyenggaraan pencegahan yang lebih cekap.
Litar landasan baharu itu beroperasi seiring dengan sistem isyarat Kawalan Kereta Api Berlandaskan Perhubungan, yang siap pada 2018. Sistem itu dapat menunjukkan kedudukan kereta api, sekali gus
membantu pengendali memberi tindak balas yang cepat sekiranya berlaku kerosakan dan mengurangkan kesan terhadap penumpang.
Kerja-kerja menggantikan sistem litar di landasan NSEWL bermula pada 2018, dan lebih 1,100 litarlandasan sudah diganti. Beberapa lagi kerja menggantikan litar masih dijalankan dan dijangka siap pada Disember.

PEMBAHARUAN SISTEM BEKALAN KUASA
Sementara itu, sistem bekalan kuasa baharu NSEWL mempunyai ciri bagi pemantauan masa sebenar, yang meningkatkan pengesanan dan ramalan kerosakan, menurut LTA.
Kerja-kerja pembaharuan sistem bekalan kuasa yang dimulakan pada 2018 itu, "melibatkan penggantian 1,300km kabel tenaga, 250km kabel optik fiber, dan ratusan alat bekalan tenaga elektrik dan papan suis”, menurut Pemangku Menteri Chee Hong Tat pada Rabu.
Kesemua stesen NSEWL juga tidak menggunakan sistem perlindungan voltan sentuhan 64P dan digantikan dengan Alat Menghadkan Voltan bagi "mengasinkan kerosakan tenaga dan mencegah gangguan seluruh laluan", jelas LTA.
KERETA API BAHARU
LTA pada 2018 menempah 66 kereta api bagi menggantikan secara bertahap-tahap kereta api NSEWL generasi pertama.
Lagi 40 kereta api baharu dibeli pada 2020 untuk menggantikan kereta api generasi kedua dan ketiga.
Kereta api baharu itu dilengkapi dengan alat pengesan bagi memantau prestasi pelbagai sistem kereta api dan keadaan landasan, membolehkan pengesanan awal bagi sebarang kerosakan.
Secara keseluruhan, 26 kereta api baharu sudah tiba di Singapura. Tujuh daripadanya digunakan dalam perkhidmatan penumpang, manakala 19 lain dalam fasa terakhir ujian sebelum digunakan.
Penggantian penyokong kayu landasan kepada penyokong konkrit selesai pada Disember 2016, manakala penggantian landasan ketiga tamat dijalankan pada September 2017.

Landasan ketiga membekalkan kuasa kepada kereta api, manakala penyokong digunakan untuk memastikan landasan tidak bergerak di tempat yang ditetapkan.
Laluan Utara-Selatan (NSL) merupakan laluan MRT pertama Singapura yang mula beroperasi pada November 1987.
Ini diikuti dengan Laluan Timur-Barat (EWL) yang mula beroperasi pada Disember 1987.

Sumber : CNA/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.