Laluan Timur-Barat alami gangguan landasan; penumpang berdepan kelengahan khidmat MRT
Penumpang beratur untuk menaiki MRT di stesen Jurong East semasa kelengahan khidmat di Laluan Timur-Barat pada 6 Ogos 2025. (Gambar: Andrew Huang)
Akibat gangguan yang berlaku pada pukul 6.03 pagi itu, penumpang yang bergerak dari Boon Lay ke Buona Vista menghala ke Pasir Ris dinasihatkan supaya menambah 25 minit ke dalam masa perjalanan mereka, kata SMRT dalam maklumannya pada pukul 7.17 pagi.
"Jurutera kami sedang berusaha memulihkan perkhidmatan MRT," menurut SMRT, sambil menambah bahawa khidmat bas biasa percuma disediakan dari stesen Boon Lay ke stesen Bouna Vista.
Pengendali pengangkutan itu turut menasihatkan penumpang supaya memuat turun 'e-Travel Chit' sebagai bukti perjalanan sekiranya perjalanan mereka terjejas.
Presiden SMRT Trains, Lam Sheau Kai, berkata gangguan itu berpunca daripada kerosakan pada mesin penukar landasan berhampiran stesen Jurong East.
Mesin penukar landasan membantu mengawal pergerakan MRT di persimpangan apabila MRT itu menukar landasan.
“Demi keselamatan operasi, MRT dipandu dengan lebih perlahan di kawasan mesin penukar yang rosak ini,” kata Encik Lam, sambil menambah bahawa khidmat MRT di bahagian lain Laluan Timur-Barat beroperasi seperti biasa bagi kedua-dua arah.
“Kami memohon maaf kerana menjejas perjalanan pagi anda,” tambah SMRT.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.