Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan Rentas Pulau terima 44 kereta api baru

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Jun 2023 03:33PM Dikemas Kini : 14 Jun 2023 08:50PM
SINGAPURA: Satu kontrak kereta api bernilai S$589 juta dianugerahkan kepada Laluan Rentas Pulau (CRL), menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan pada Rabu (14 Jun).

Sebuah konsortium melibatkan CRRC Qingdao Sifang dan CRRC Sifang Railway Vehicles Services Singapura akan membekalkan 44 kereta api enam gerabak kepada CRL.

Kontrak itu termasuk pilihan bagi LTA untuk membeli 11 buah kereta api lagi dan pilihan bagi perkhidmatan sokongan jangka panjang.

Kereta api tersebut yang berfungsi sepenuhnya secara automatik, akan direka dan dihasilkan oleh konsortium di Qindao, China. Kereta api itu dijangka dihantarkan secara berperingkat bermula 2027. Fasa 1 CRL - dari Aviation Park ke Bright Hill - dijangka selesai dibina menjelang 2030.

Untuk memperbaiki akses pengguna dalam kereta api, 'gangway' - bahagain penyambung fleksibel antara setiap gerabak - akan diluaskan kepada 1.6 meter, daripada 1.4 meter di laluan kereta api lain.

Kereta api baru tersebut akan "dikuasakan oleh sistem rel pengalir bahagian atas (OCR) 1500V D.C., yang akan meningkatkan kecekapan kuasa dibandingkan dengan sistem rel ketiga biasa 750V D.C," menurut LTA.

Kereta api itu juga akan dipasang dengan sistem-sistem pengawalan keadaan dan diagnostik untuk mengesan kemungkinan berlakunya kerosakan peralatan lebih awal. Sejumlah kereta api akan dipasangkan dengan sistem Pemeriksaan Rel Automatik yang mengawal rel yang digunakan serta keadaan OCR pada masa nyata.

LTA juga pernah membeli kereta api daripada syarikat yang berpangkalan di Qingdao itu bagi Laluan Utara-Selatan-Timur-Barat dan Laluan Thomson-East Coast, melalui konsortium dibangunkan bersama Kawasaki Railcar Manufacturing.

Pembinaan Fasa 1 CRL - laluan kelapan MRT Singapura - bermula pada 18 Januari dan akan mempunyai 12 stesen.

Fasa 2, dijangka dibuka dua tahun kemudian pada 2032, akan menambah enam lagi stesen - Turf City, King Albert Park, Maju, Clementi, West Coast dan Jurong Lake District.

Fasa ketiga akan membawa jarak keseluruhan CRL kepada 50 kilometer. Laluan itu akan menjadi laluan bawah tanah sepenuhnya yang terpanjang di Singapura, dan akan berkhidmat kepada pembangunan sedia ada dan masa hadapan di bahagian timur, barat dan timur laut Singapura.

Hampir separuh daripada stesen-stesen CRL adalah stesen pertukaran bersama laluan rel lain sebaik saja ia beroperasi sepenuhnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan