Laluan pelepasan automasi imigresen bagi golongan berkerusi roda, keluarga di Changi
Anggaran Waktu Membaca:

Seorang pegawai ICA mengesahkan identiti pekerja lapangan terbang setelah seorang penumpang menggunakan Laluan Bantuan Khas untuk menjalani pelepasan automasi. (Gambar: ICA)
SINGAPURA: Para pengguna kerusi roda dan sehingga empat anggota keluarga kini boleh menggunakan laluan-laluan pelepasan automasi bagi menjalani pemeriksaan imigresen di dewan-dewan penumpang tertentu di Lapangan Terbang Changi.
Ini menjadikan Singapura negara pertama di dunia untuk memperkenalkan laluan automasi bagi pelbagai penumpang untuk menjalani pemeriksaan imigresen kendiri, menurut kenyataan media Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (16 Dis).

Sebelum ini, para penumpang berkerusi roda serta keluarga - seperti ibu bapa yang membawa anak-anak kecil - perlu menjalani pemeriksaan imigresen di kaunter secara manual.
Laluan-laluan automasi baru itu, dinamakan Laluan-Laluan Bantuan Khas, yang akan membolehkan mereka menjalani pemeriksaan imigresen secara kendiri dengan menggunakan sistem pengenalan biometrik yang mengimbas mata dan wajah penumpang.
Laluan-laluan baru itu kini disediakan di dewan keberangkatan Terminal 1 Lapangan Terbang Changi serta dewan ketibaan dan keberangkatan Terminal 2. ICA akan memasang laluan-laluan khas itu secara berperingkat di terminal-terminal lain Lapangan Terbang Changi dan di pusat-pusat pemeriksaan darat dan laut.
Hanya penduduk Singapura - rakyat, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang - boleh menggunakan laluan-laluan baru itu buat masa ini.
Para penumpang asing yang layak boleh menggunakannya mulai Mac 2023. Kriteria kelayakan boleh didapatkan di laman web ICA.

Untuk membangunkan Laluan Bantuan Khas, ICA bekerjasama dengan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) dan Changi Airport Group (CAG) untuk mengendalikan bengkel reka bentuk dan simulasi realiti maya.
Ujian kemudian dijalankan dengan HTX untuk menentukan kedudukan kamera dan alat-alat pengimbas biometrik di laluan tersebut bagi mengesan jumlah penumpang dengan tepat, serta memastikan maklumat biometrik setiap penumpang dapat dikesan.
ICA menyatakan pihaknya akan mempertingkatkan laluan-laluan itu serta pengalaman para pengguna secara berterusan berdasarkan maklum balas para penumpang.
Dengan lebih ramai penumpang bakal menggunakan laluan-laluan automasi, para pegawai ICA dapat dikerahkan untuk mengisi jawatan-jawatan dipertingkat, dan meningkatkan tumpuan kepada peranan keselamatan sempadan yang lain seperti melakukan penilaian profil dan menjalankan kerja-kerja menyiasat.
Pengumuman tersebut membentuk sebahagian daripada usaha ICA untuk menjadikan pelepasan automasi imigresen sebagai suatu kebiasaan.

Sumber : CNA/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.