Laluan pejalan kaki bawah tanah Stesen MRT City Hall-Funan Mall akan dibuka bulan ini

Tayangan 'Kinetic Wall' di Funan. (Gambar: Mediacorp/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Laluan pejalan kaki bawah tanah antara Stesen MRT City Hall dengan Funan Mall akan dibuka bulan ini, menurut syarikat hartanah CapitaLand pada Isnin (20 Dis) tanpa menyatakan tarikh sebenar.
Laluan sepanjang 100 meter di bawah North Bridge Road itu akan menyambungkan tingkat bawah tanah dua Funan Mall dengan stesen MRT tersebut.
"Laluan ini akan mempertingkatkan ketersambungan para pembeli-belah dan pekerja dengan pelbagai lokasi di kawasan Daerah Sivik Singapura, termasuk pusat beli-belah Raffles City dan Gereja Saint Andrew," dedah CapitaLand dalam kenyataan medianya.
Funan Mall yang turut merangkumi menara pejabat dan apartmen servis dimiliki oleh CapitaLand.
Pembinaan laluan bawah tanah itu pertama kali diumumkan pada 2017.
Menurut kenyataan media itu lagi, Funan akan menjadi tuan rumah kepada Minggu Seni Singapura dari 14 Januari sehingga 13 Februari 2022, termasuk pameran karya seni di laluan bawah tanah itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.