Skip to main content

Singapura

Laluan MRT Thomson-East Coast tergendala akibat kerosakan kad elektronik: SMRT

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan MRT Thomson-East Coast tergendala akibat kerosakan kad elektronik: SMRT

Seorang kakitangan SMRT bercakap dengan seorang penumpang semasa kerosakan kereta api itu yang berlaku pada 7 Mac 2023. (Gambar: Facebook/SMRT)

Diterbitkan : 08 Mar 2023 03:37PM Dikemas Kini : 08 Mar 2023 03:38PM
SINGAPURA: Kerosakan kereta api di Laluan Thomson-East Coast (TEL) pada Selasa (7 Mac) berpunca daripada kad elektronik yang rosak.

"Punca gangguan kereta api dikesan daripada satu kad elektronik, yang akan dihantar semula kepada (pengeluar asal peralatan ) bagi didiagnosis dan pembaikan segera," kata pengendali pengangkutan SMRT dalam satu kemas kini di Facebook pada Rabu (8 Mac).

SMRT menyatakan bahawa juruteranya "bekerja semalaman" dengan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengeluar peralatan itu untuk menyiasat punca insiden yang berlaku pada Selasa (7 Mac).

Kad elektronik itu mengawal pelbagai fungsi, sebilangan besarnya adalah komunikasi antara peralatan di lintasan kereta api bagi memastikan operasi kereta api yang selamat.

Pengeluar peralatan itu akan bekerja rapat dengan LTA dan SMRT untuk memeriksa keadaani kad elektronik terhadap semua kereta api yang lain, tambah SMRT.

Kelengahan yang berlaku semasa waktu sibuk pada Selasa itu berlanjutan hampir tiga jam menyusuli kerosakan kereta api di stesen Orchard menghala ke Woodlands. SMRT menyatakan bahawa insiden tersebut berlaku pada sekitar 4.40 petang.

Anggota kakitangan dikerahkan untuk membantu penumpang, manakala khidmat bas percuma disediakan.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya menambah 25 minit kepada masa perjalanan mereka.

SMRT menyatakan khidmat kereta api disambung semula pada sekitar 7.30 malam.

Dalam respons kepada kemas kini SMRT di media sosial, beberapa penumpang menyuarakan kemarahan mereka terhadap kelengahan tersebut.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita