Skip to main content

Singapura

Laluan kerjaya baru dilancar sebagai Ahli Teknologi Tenaga Suria, 400 jawatan kosong ditawarkan

Satu laluan baru kerjaya dilancarkan Gerakan Buruh dan Industri Tenaga Suria hari ini (17 Dis) yang menawarkan latihan dan faedah-faedah lebih baik bagi menggalak warga Singapura menyertai sektor tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Dec 2020 08:22PM Dikemas Kini : 17 Dec 2020 09:54PM

SINGAPURA: Satu laluan baru kerjaya dilancarkan Gerakan Buruh dan Industri Tenaga Suria hari ini (17 Dis) yang menawarkan latihan dan faedah-faedah lebih baik bagi menggalak warga Singapura menyertai sektor tersebut.

Lebih 400 jawatan berkenaan ditawarkan oleh empat syarikat dan mereka berharap untuk memenuhi semua jawatan sehingga tahun depan.

Jawatan baru sebagai Ahli Teknologi Tenaga Suria bertujuan mendapatkan pekerja yang mahir dalam bidang teknologi itu - dari pemasangan panel, intepretasi data sistem yang dipasang, dan penyelenggaraannya.

Gaji permulaan disasarkan antara S$2,100 dengan S$2,400.

Dua MOU dimeterai melibatkan lapan syarikat yang terlibat dalam industri tersebut serta Politeknik Singapura dan Institut Pendidikan.

Matlamatnya untuk mengembang serta membangunkan bakat tempatan dalam industri tenaga suria.   

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita