Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Laluan kerja baharu, skop kerja luas untuk kakitangan jagaan masyarakat

Anggaran Waktu Membaca:
Laluan kerja baharu, skop kerja luas untuk kakitangan jagaan masyarakat

Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam. (Gambar: Agensi Jagaan Bersepadu)

Diterbitkan : 02 Oct 2024 06:46PM Dikemas Kini : 02 Oct 2024 08:05PM
SINGAPURA: Anda yang berada dalam sektor jagaan masyarakat kini boleh mengejar laluan kerjaya baharu, yang meluaskan skop kerja demi memenuhi keperluan penduduk Singapura yang semakin menua.

Ini menyusuli kejayaan satu projek perintis oleh Kementerian Kesihatan dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).

Projek itu kini akan dilaksanakan secara sepenuhnya di seluruh sektor itu.

Lebih 500 kakitangan sektor jagaan masyarakat akan mempunyai peranan baharu dalam sektor itu.

Projek perintis yang bermula pada 2021 itu mendapati bahawa peranan baharu ini meningkatkan daya penghasilan.

Ini dengan kakitangan berkenaan mengambil tugas berkemahiran tinggi, dan mempunyai lebih banyak peluang untuk memajukan kerjaya mereka sendiri.

Semasa majlis penganugerahan bagi para pekerja penjagaan masyarakat hari ini, Menteri Negara Kesihatan Rahayu Mahzam berkata Singapura beriltizam untuk menyokong aspirasi mereka, dengan mewujudkan laluan kerjaya yang jelas - selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin berkembang.

"Laluan baharu ini menyediakan peluang baharu untuk menyokong kemajuan kakitangan sektor penjagaan, dengan meluaskan peranan mereka dan membolehkan mereka dikerahkan merentasi pelbagai bahagian sektor penjagaan," ujar Cik Rahayu.
Sumber : CNA/QA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan